MUARA, Khamis, 16 Oktober 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima kunjungan daripada Laksamana Muda Amir Mahmood, HI (M), Pemangku Setiausaha Pertahanan, Republik Islam Pakistan, bersama delegasi. Ketibaan Laksamana Muda Amir Mahmood dan delegasi di Markas TLDB telah disambut oleh Kepten Khairil Haji Abdul Rahman, TLDB, Timbalan Pemerintah TLDB.