Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI NAVY AND ROYAL NAVY'S HMS SPEY CONCLUDE SUCCESFUL BILATERAL ENGAGEMENT

MUARA, SUNDAY, 21 JUNE 2026 – The Royal Navy’s HMS SPEY conducted a three-day port visit to Brunei Darussalam from 21 to 23 June 2026, berthing at Muara Commercial Port as part of ongoing defence engagement between the Royal Brunei Navy (RBN) a​nd the Royal Navy. Upon arrival, HMS SPEY was warmly received by RBN officers and personnel led by Commander Khairul Anuar bin Abdullah, RBN.


​As part of the port visit programme, a formal luncheon was hosted onboard HMS SPEY. Captain Azrin bin Haji Mahmud, RBN, the Acting Commander of the Royal Brunei Navy, attended as the Guest of Honour, alongside senior RBN officers. The luncheon offered an invaluable platform to enhance professional engagement, exchange insights, and further foster the close, historic ties shared between both navies.

​Underscoring the spirit of camaraderie, a sports interaction session was held later in the afternoon at the RBN Naval Training Centre. Personnel from HMS SPEY, the RBN’s PV60, and members of the Royal Gurkha Rifles (RGR) from British Forces Brunei competed in a series of friendly football matches. The sporting event successfully enhanced teamwork, mutual understanding, and personal rapport among the personnel.

​HMS SPEY departed Muara Commercial Port today, Tuesday, 23 June 2026. Prior to her departure from Bruneian waters, HMS SPEY conducted a Passing Exercise (PASSEX) with KDB DARUSSALAM, successfully concluding the bilateral engagement.

​This visit underscores the RBN’s enduring commitment to strengthening defense diplomacy, advancing maritime cooperation, and fostering professional interactions with international partner navies to ensure regional security and stability.



TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI DAN HMS SPEY MENJAYAKAN HUBUNGAN DUA HALA

MUARA, AHAD, 21 JUN 2026 – Kapal Tentera Laut Diraja British, HMS SPEY, telah mengadakan lawatan selama tiga hari ke Negara Brunei Darussalam dari 21 hingga 23 Jun 2026, dan berlabuh di Pelabuhan Komersial Muara sebagai sebahagian daripada penglibatan pertahanan berterusan antara Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Diraja British. Setibanya HMS SPEY, kapal tersebut telah disambut mesra oleh pegawai-pegawai dan anggota TLDB yang diketuai oleh Komander Khairul Anuar bin Abdullah, TLDB.

Sebagai sebahagian daripada program lawatan tersebut,majlis makan tengah hari telah diadakan di kapal HMS SPEY. Kepten Azrin bin Haji Mahmud, TLDB, Pemangku Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, hadir selaku Tetamu Kehormat bersama Badan Eksekutif Tentera Laut (BETL). Majlis makan tengah hari tersebut menjadi platform yang berharga dalam meningkatkan hubungan profesional, bertukar pandangan serta memperkukuhkan lagi hubungan erat dan bersejarah antara kedua-dua angkatan laut.

Bagi menyerlahkan semangat setiakawan dan kerjasama, satu sesi sukan interaksi turut diadakan pada sebelah petang di Pusat Latihan Tentera Laut. Anggota HMS SPEY, anggota PV60 TLDB dan anggota Royal Gurkha Rifles (RGR) daripada British Forces Brunei telah menyertai beberapa perlawanan bola sepak persahabatan. Aktiviti sukan ini berjaya meningkatkan semangat berpasukan, persefahaman bersama dan hubungan baik dalam kalangan anggota yang terlibat.

HMS SPEY telah berlepas dari Pelabuhan Komersial Muara pada hari ini, Selasa, 23 Jun 2026. Sebelum keluar dari perairan Negara Brunei Darussalam, kapal tersebut telah melaksanakan Passage Exercise (PASSEX) bersama KDB DARUSSALAM, sekali gus menandakan berakhirnya kepada penglibatan dua hala tersebut.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan TLDB dalam memperkukuhkan diplomasi pertahanan, meningkatkan kerjasama maritim dan memupuk interaksi profesional bersama rakan-rakan angkatan laut antarabangsa demi menjamin keselamatan dan kestabilan serantau.