TEKS UCAPAN SERAH TERIMA TUGAS PEMERINTAH TLDB LAKSAMANA PERTAMA SPRY BIN HAJI SERUDI @ SERUJI PADA 31 DISEMBER 2020

LAKSAMANA PERTAMA SPRY BIN HAJI SERUDI @ SERUJI

Peramba/saya dengan penuh hormat serta takzim, sukacita menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih dan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi, Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas titah perkenan untuk peramba/saya dilantik sebagai Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei.
Hadirin dan Hadirat sekelian,
Melihat mutu perbarisan pada pagi ini, Peramba/saya mengucapkan syabas dan tahniah diatas PERBARISAN yang baik. Ini mencerminkan bahawa TLDB mempunyai anggota-anggota yang professional dan berdisiplin.
Menyentuh berkenaan kemajuan yang telah dicapai oleh TLDB, Saya sangat-sangat MENGHARGAI (appreciate) usaha-usaha yang telah dibuat oleh mantan-mantan Pemerintah TLDB yang terdahulu, dimana dengan usaha gigih mereka ini, maka kita dapat menikmati hasilnya sekarang. Ini termasuklah usaha-usaha Laksamana Dato Seri Pahlawan Hj Othman bin Hj Suhaili. Antara lain senarai pencapaian beliau adalah seperti perancangan dan perolehan aset dan keupayaan baru. Pelayaran jarak jauh kapal-kapal ke luar negara untuk mengikuti eksesais yang menjurus kearah meningkatkan profesionalisma anggota selain dari mengukuhkan hubungan dua-hala dan berbagai hala antara TLDB dan
angkatan laut sahabat, dimana lanya juga telah menaikan imej Negara Brunei Darussalam, ABDB dan khususnya TLDB di mata antarabangsa. Outsourcing pemeliharaan kapal-kapal telah berhasil menaikkan tahap boleh guna kapal-kapal yang menjurus kepada peningkatan tahap kesiapsiagaan dan kesediaan kombat kapal-kapal. Pengemaskinian Struktur Perkembangan Kerjaya (SPK) dan projek rehabilitation perumahan anggota Serta inisiatif-inisiatif kebajikan lain telah menyumbang_ kepada kesejahteraan anggota dan keluarga kita.
Sehubungan dengan ini, peramba/saya akan meneruskan usaha-usaha yang telah dimulakan oleh mantan-mantan Pemerintah TLDB yang terdahulu ini.
Pencapaian ini adalah juga hasil jerih payah dan kerjasama tuan-tuan, lain-lain peringkat, seluroh kakitangan perkhidmatan awam dan swasta yang tidak kendur-kendur berganding bahu dengan warga TLDB memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk Angkatan Tentera ini.
Dalam pada itu, usaha-usaha dan hasrat mantan Pemerintah ABDB dibawah arahan tahun 2020-2021 beliau yang sinonim dengan akronim S.E.P.A.D.U. juga akan diambil tindakan.
Selain itu, hasrat Pemerintah ABDB yang ada sekarang akan diambil perhatian yang sirius berhubung usaha meningkatkan kupaayaan Angkatan Tentera, Logistik, Dasar dan sumbar tenaga manusia yang profesional dan berdisiplin, khususnya peringatan berhubung mendirikan sembahyang.
Semua ini akan menjadi sandaran dan tanda aras dalam Peramba/saya menerajui TLDB ini, insyallah.
Warga TLDB yang dihormati sekelian,
Misi TLDB ialah untuk Mempertahankan Kedaulatan Maritim Dan Integriti Negara Brunei Darussalam.
Untuk mencapai misi ini bukan perkara mudah. Misi ini tidak akan tercapai jika kita hanya melakukan perkara-perkara routine (Buisness As Usual) , duduk dan berpeluk tubuh di dalam zon selesa (Confort Zone) yang akan menyebabkan kita lalai (complacent) dan kurang kemajuan (stagnant).
Peribahasa Melayu mengatakan, Batu Yang Bergolek Tidak Akan Mengumpulkan Lumut, Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya.
Untuk mencapai tugas dan peranan ini, peramba/saya menyeru diri peramba/saya dan seluruh warga TLDB untuk kita BANGKIT dan BERJUANG untuk MENINGKATKAN lagi aras TLDB kepada yang lebih
tinggi.
Kita akan berusaha kearah mencapai kompetensi melalui Pendidikan Berterusan (continuous education) Educating NAVY, Eksesais, Pematuhan (compliance), Piawaian (standard) dan Penguatkuasaan (enforcement) dengan tatacara yang relevan dan mengambil kira kepada situasi atau keadaan dan generasi sekarang.
Selain itu, kita juga akan berusaha untuk meningkatkan Kecekapan dan Keberkesanan Urustadbir di kapal-kapal, pejabat-pejabat, pemeliharaan kapal-kapal serta alat kelengkapan gerakan, infrastrukur, bangunan pejabat, perumahan anggota dan yang lain-lain.
Dengan adanya usaha-usaha ini, insyallah kita akan dapat Meningkatkan Tahap Bolehguna Aset dan Kelengkapan Operasi dan lebih-lebih lagi Moral Para Anggota. Ini juga menjurus kepada peranan RAISE, TRAIN & SUSTAIN. Ini dengan sendirinya akan menyumbang kepada peningkatan Tahap Kesedian dan Persiapan Tempur (Combat Readiness and Preparedness) Angkatan Tentera in1.
Menyentuh berkenaan DISIPLIN, peramba/ saya menyeru semua warga TLDB untuk berdisiplin. Berisiplin bermakna TAAT menurut perintah dan peraturan ABDB dan juga patuh kepada undang-undang negara.
Berhubung dengan SEKURITI ianya adalah tidak asing lagi bagi kita selaku anggota Pasukan Keselamatan.
Kita perlulah menjaga disliplin dan mengukuhkan sekuriti pada setiap masa dan tempat. Kita wajiblah sentiasa ingat- mengingati antara satu sama lain. Ini adalah kerana kerjaya seorang tentera adalah kerjaya 24/7 dan setiap kita bertanggungjawab terhadap imej Angkatan Bersenjata Diraja Brunel.
Didalam kesibokan melaksanakan tugas dan peranan kita, kita juga perlu menjaga kemeshalatan keluarga kita dengan memperkukuhkan INSTITUSI KELUARGA dengan mengambil berat tentang Kebajikan dan Kesejehteraan Keluarga kita. Sehubungan dengan ini Pusat Prihatin ABDB sebagai one stop centre berhubung kebajikan dan kesejehteraan.
Hadirin dan Hadirat sekelian,
Untuk mengakhiri ucapan ini, Peramba/Saya mengajak diri peramba/saya, semua Pegawai-Pegawai, PTB Kanan dan PTB Rendah selaku Lapisan Pemimpin TLDB untuk sentiasa BERMUHASABAH DIRI/ melakukan self reflection menghayat kembali, adakah kita telah melaksanakannya KEWAJIBAN atau TUNTUTAN didalam melaksanakan tugas dan tangungjawab yang telah diamanahkan untuk kita memimpin, mengurus dan melaksanakan tugas dan peranan kita kearah pencapaian misi TLDB.
Dengan bertawakal kepada Allah Subahanallahi Wataala, saya mengajak semua warga TLDB sebagai satu keluarga, satu pasukan, bersatu- padu, lengkap-melengakapi, tolong-menolong kerah meningkatan TLDB ke satu aras yang lebih tinggi lagi.
Peramba/Saya menjungung kaseh/ mengucapkan terima kaseh dan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota perbarisan, ahlijawatan kuasa yang terlibat didalam mengendalikan majlis pagi ini, dan diatas kehadiran tuan peramba/ tuan-tuan, puan-puan , hadiran hadirat sekelian pada pagi
Mudah-mudahan dengan kedatangan tahun baru 2021 ini, kita semua akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kita semua termasuk didalam golongan yang di ikhlaskanNya.
Sekian, Wabillahi Wataufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatallahi Wabarakatuh.
TEKS UCAPAN MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS
PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
PADA HARI KHAMIS, 31 DISEMBER 2020

LAKSAMANA PERTAMA DATO SERI PAHLAWAN HAJI OTHMAN BIN HAJI SUHAILI @ SUHAILY
PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI

Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassalatu Wassalamu ala Saidina Muhammad
Wa ala Aalihi Wasohbihi Ajamain.
Alhamdulillah, Peramba/Saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah
Subhananhu Wata’ala kerana atas limpah kurnia dan izin-Nya jua kita
diberikan kesempatan pada pagi yang bersejarah ini untuk sama-sama
berkumpul bagi Majlis Serah dan Terima Tugas Pemerintah Tentera Laut
Diraja Brunei.
HADIRIN HADIRAT YANG PERAMBA/SAYA HORMATI SEKALIAN
Sebelum meneruskan lebih lanjut, marilah kita bersama memperbaharui
ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kehadapan Majlis Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien
Sa’adul Khairi Waddien Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam.
Peramba/Saya dengan penuh hormat serta takzim, dengan perasaan
tulus ikhlas dan penuh kesyukuran, sukacita merafakkan sembah
setinggi-tinggi menjunjung kasih kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien
Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam kerana diatas titah perkenan dan kepercayaan Baginda
jua Peramba/Saya telah diberikan peluang memegang jawatan dan
memikul tanggungjawab untuk memerintah Tentera Laut Diraja Brunei
bermula dari 14 Sya’aban 1440 Hijrah bersamaan dengan 19 April 2019 Masehi sehinggalah hari ini pada 16 Jamadilawal 1442 Hijrah bersamaan
dengan 31 Disember 2020 Masehi.
WARGA TLDB YANG PERAMBA/SAYA HORMATI DAN SANJUNGI, DAN
SAYA SAYANGI
Alhamdulillah selama 1 tahun dan 8 bulan memerintah Tentera Laut
Diraja Brunei, Peramba/Saya berbangga dengan pencapaianpencapaian signifikan yang mencerminkan tahap profesionalisme yang
sangat tinggi. Pencapaian yang tidak terhingga nilainya ialah Pada 30
september 2019 di mana kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni AlMarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan
berangkat membuat lawatan kerja ke TLDB. Baginda juga berkenan
mengurniakan titah semasa keberangkatan lawatan kerja Baginda ke
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada 26 September 2019, Baginda
bertitah ”ABDB ADALAH TONGGAK PERTAHANAN NEGARA. SELAKU
TONGGAK IA MESTI BERKEADAAN SENTIASA TEGUH DAN KUAT.” Titah
baginda ini mesti di julang dan di tanai dengan sentiasa memantapkan
persiapan operasi TLDB. Kekuatan ini antara lain nya hanya boleh
dicapai dengan sentiasa melaksanakan operasi-operasi, latihan-latihan
kemahiran diantara kapal-kapal Armada TLDB dan juga eksesaiseksesais yang di terajui Oleh Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata
Diraja Brunei. Warga TLDB mesti mempunyai keyakinan diri dan
kemampuan untuk memperkasa Misi TLDB yang Suci ini iaitu
ialah ’MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN DAN KEUTUHAN WILAYAH
MARITIM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM’.
Persiapan Operasi Ini juga dapat dilihat dengan penglibatan latihanlatihan yang semakin meningkat diantara sesama agensi-agensi
tempatan mahupun bersama angkatan laut negara-negara sahabat,
antaranya pelayaran jarakjauh ke Qingdao, Republik Rakyat Cina, ke
Busan, Republik Korea, Republik Singapura pada bulan April dan Mei
2019, juga menyertai latihan-latihan pelbagai hala iaitu ASEAN-US
Maritime Exercise 2019 di Thailand dan yang terkini ialah pelayaran
jarakjauh ke Hawaii, Amerika Syarikat bagi menyertai latihan maritim
pelbagai hala terbesar di dunia, Eksesais RIMPAC 2020 di dalam misi
penembakan peluru berpandu KDB DARULEHSAN. Semua kejayaan ini
adalah berkat usaha dan semangat juang yang tinggi yang
mempamerkan kualiti dan keperkasaan warga TLDB.
Namun demikian kita jangan leka dan berasa puas. Kita harus berusaha
untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti Leadership atau
kepimpinan, keupayaan dan kemantapan barisan pemimpin-pemimpin
dan juga mereka-mereka yang dipimpin agar ianya seirama dan
senada, membentuk keharmonian dalam menanai tugasan-tugasan
utama Tentera Laut Diraja Brunei.
HADIRIN HADIRAT YANG PERAMBA/SAYA HORMATI SEKALIAN
Dari itu Izinkan Peramba/Saya meninggalkan beberapa nasihat agar
TLDB akan terus cemerlang dan mantap sebagai institusi pertahanan
yang berupaya menangkis ancaman-ancaman dan melayari cabarancabaran dengan penuh kebijaksanaan.
Yang Pertama; niatkan perkerjaan ataupun tugasan dan
tanggungjawab sebagai ibadah. Dengan menaruh niat seperti ini
semua urusan dan tugasan akan mendapat Rahmat dan Redha Allah
SWT dan semua urusan akan dipermudahkanNya.. Insha Allah.
Yang Kedua; semua peringkat warga TLDB mestilah menjiwai Nilai-Nilai
Teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei iaitu Taqwa, Berani, Professional
dan Setia. Jadikan Nilai-Nilai Teras ini sebagai amalan harian dalam
menjalankan tugas dan tanggung jawab.
Ketiga; pupuklah semangat berpasukan dengan sebaiknya kerana
kejayaan hanya datang dengan semangat berpasukan yang tinggi
serta mantap yang disaluti dengan barisan pemimpin yang berwibawa.
Keempat; Hal ehwal kebajikan warga TLDB mestilah di ambil berat.
Santuni lah hal ehwal kebajikan mereka dengan penuh keikhlasan dan
bijaksana, jangan dibiarkan hanyut dan terapung-apung tanpa ada
penyelesaiannya.
WARGA TLDB YANG PERAMBA/SAYA HORMATI DAN SANJUNGI, DAN
SAYA SAYANGI
Peramba/Saya cukup terharu dan terkesan kerana pada hari ini warga
TLDB telah Menghadiahkan kepada peramba saya satu penghormatan
yang tinggi nilainya dengan satu persembahan kawad yang terbaik dan
bersemangat tinggi. Anggota-anggota yang berbaris megah di
perbarisan ini juga adalah melambangkan keutuhan Kerjasama,
Keharmonian dan mutu disiplin warga TLDB. Tahniah dan Syabas
Peramba/Saya ucapkan. Peramba/Saya berdiri di sini pada pagi ini
adalah juga untuk memberikan penghormatan terakhir kepada semua
lapisan Warga TLDB yang Peramba/Saya sanjungi, hormati dan sayangi.
Peramba/Saya cukup berbangga dan merasa istimewa kerana telah
dapat menyumbangkan tenaga dan bekerjasama bersama-sama
dengan semua lapisan warga TLDB.
Seterusnya, Peramba saya amat berbangga dengan pegawaipegawai dan semua peringkat Warga TLDB, tidak ada yang lebih
menggembirakan dan lebih bermakna sebagai Pemerintah TLDB
selama 1 tahun 8 bulan selain daripada berjaya menbentuk satu unit
yang boleh dibahaskan sebagai TLDB yang sungguh mantap lagi
professional. Syabas dan Tahniah kepada semua lapisan warga TLDB.
Namun demikian perlu di ingat, semua ini adalah atas Izin Allah SWT jua.
Buat Akhirnya, Peramba/Saya juga secara peribadi ingin mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Mulia Laksamana Pertama Spry bin
Haji Serudi @ Seruji, di atas perlantikan beliau sebagai Pemerintah
Tentera Laut Diraja Brunei mulai pada hari ini, 16 Jamadilawal 1442 Hijrah
bersamaan dengan 31 Disember 2020 Masehi. Peramba/Saya ingin
menyeru agar semua lapisan warga Tentera Laut Diraja Brunei untuk
terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada beliau,
Peramba/Saya percaya dengan sokongan serta kerjasama yang
diberikan itu nanti dapat memantapkan lagi Tentera Laut Diraja Brunei
ke arah kemajuan serta kecemerlangan.
Peramba/Saya berserta isteri dan keluarga memohon kemaafan
sekiranya Peramba/Saya pernah menyakiti, menyinggung perasaan
Warga TLDB semua. Tiada niat langsung untuk menganiaya sesiapa
tetapi ianya adalah demi tugasan dan hanya semata-mata untuk
memperbetulkan ataupun memperbaiki sesuatu perkara ataupun
keadaan.
Peramba/Saya juga ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan
khas ditujukan kepada insan yang teristimewa iaitu ibu dan ayah saya, di atas didikan mereka membekalkan Peramb/Saya dengan ilmu
hingga Peramba/Saya ke pucuk pimpinan tertinggi TLDB.
Dan kepada isteri saya, Terima Kasih, ”Kaulah segalanya untuk Ku”
Kepada BAKTI Cawangan Muara, Peramba/Saya mengucapkan ribuan
terima kasih, para isteri-isteri adalah nadi utama , penyokong utama,
tempat berkongsi suka duka dan juga rakan dan sahabat baik isteri saya.
To all my defence advisers and attache friends , thank you for all your
strong support to RBN all these years.
Buat mengakhiri ucapan di upacara yang mulia ini, Peramba Saya
panjatkan doa agar ALLAH SWT akan sentiasa memelihara Angkatan
Bersenjata Di raja Brunei am nya dan Tentera Laut Diraja Brunei khasnya
dari segala musibah dan sentiasa bergerak maju kehadapan dalam
mendokong wawasan Negara Brunei Darussalam 2035. Selamat
menyambut Tahun Baru 2021 Masehi dan selamat melangkah ke dekad
yang Baharu.
Izinkan Peramba saya membalas pantun-pantun yang di tujukan
kepada peramba saya tempoh hari semasa membuat lawatan
perpisahan kepada unit-unit di dalam TLDB;
KAMPONG PELAMBAYAN BANYAK KELAPA
KELAPA ADA DI MANA MANA
TENTERA LAUT PAYAH DI LUPA
SEMUA WARGA DI SAYANGI LAKSAMANA
MATAHARI SENJA ISYARAT BERSARA
TIADA DAHAN UNTUK BERPAUT SELAMAT TINGGAL PANGKALAN MUARA
SELAMAT TINGGAL TENTERA LAUT
Sekian , BRAVO ZULU DAN BRAVO ZULU, kepada Laksamana Pertama
Spry bin Haji Serudi @ Seruji, YOU HAVE THE SHIP! FAIR WINDS AND
FOLLOWING SEAS’
Wabillahi taufik walhidaya..assalamualaiakum warah matullahi
wabaraktuh.
TEKS UCAPAN YANG MULIA PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI BERSEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI KE-55 TAHUN

LAKSAMANA PERTAMA DATO SERI PAHLAWAN HAJI OTHMAN BIN HAJI SUHAILI @ SUHAILY
PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI

Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassalatu Wassalamu ala Saidina Muhammad
Wa ala Aalihi Wasohbihi Ajamain.
Alhamdulillah, dipanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah rahmatnya jua kita semua dapat meraikan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Brunei yang ke-55 tahun pada tahun ini walaupun suasana sambutan pada kali ini berbeza dengan tahun kebelakangan.
Pertama sekali marilah kita sama-sama meneguhkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah Ibni Al Marhum Sultan Haji Omar' Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Dalam menjangkau usia ke-55 tahun ini, Tentera Laut Diraja Brunei telahpun mengecapi pelbagai kemajuan dan menunjukkan evolusi perubahan yang amat membanggakan. Usia 55 tahun adalah satu usia yang cukup matang dan telah mencapai pelbagai perkembangan dari pelbagai sudut yang mana bukan hanya diukur dari peralatan canggih tetapi juga dari aspek pembangunan keupayaan tentera yang perlu lebih berfikiran jauh kehadapan, proaktif sentiasa mempunyai tahap disiplin yang tinggi sebagai warga Angkatan Tentera.
Dalam usia 55 tahun ini, TLDB tetap menunjukkan tahap semangat serta komitmen yang tinggi dalam menggalas tugas yang diberikan, dan ini melibatkan pengorbanan dari semua warga TLDB samada dari segi tenaga dan masa. Antaranya adalah pengorbanan berjauhan daripada keluarga yang dicintai semasa bertugas demi menjaga kedaulatan maritim Negara Brunei Darussalam dan ini adalah merupakan suatu pengorbanan yang tinggi nilainya, bukan sahaja dikalangan warga TLDB sendiri, bahkan daripada keluarga yang sentiasa menyokong dan memahami tugas anggota-anggota TLDB. Akan tetapi, Peramba / Saya juga ingin mengingatkan bahawa keseimbangan terhadap kerja dan keluarga hendaklah sentiasa dijaga dan dimanfaatkan sepenuhnya dalam mendokong keharmonian kekeluargaan dikalangan warga TLDB.
Kita semua telah sedia maklum bahawa negara kita pada masa ini dilanda pandemik COVID 19 yang mana ianya memberikan impak yang besar kepada semua rakyat dan organisasi. Akan tetapi ianya bukanlah penghalang bagi TLDB untuk tetap meneruskan tugas sebagai benteng utama maritim Negara Brunei Darussalam dengan mematuhi arahan yang telah ditetapkan bagi mengawal penularan pandemik tersebut. Tugas perlu diteruskan kerana ancaman serta anasir-anasir negatif ini akan sentiasa memerhatikan kita dan mengambil peluang jika kita lalai dan leka walaupun dalam masa yang cukup singkat.
Dalam menyokong usaha kerajaan Negara Brunei Darussalam mengawal penularan pandemik tersebut, sambutan Hari Ulang Tahun TLDB ke-55 Tahun pada tahun ini tetap diraikan namun ianya dibuat secara minima dan sederhana. Walaubagaimanapun, ianya tidak menghalang kita untuk sentiasa melangkah maju terus ke hadapan kerana kemeriahan sambutan bukanlah sebagai ukuran utama, akan tetapi semangat yang jitu itulah yang lebih mustahak.
TLDB terus berkembang sejajar dengan perubahan sekeliling kita dan tahap ancaman yang semakin kompleks. Oleh itu TLDB perlu sentiasa bijak dalam mengatur langkah bagi mengadaptasi dan berkembang sesuai dengan keperluan serta tuntutan persekitaran. Ini adalah untuk memastikan kedaulatan dan keamanan serta keselamatan perairan negara tetap utuh bagi menikmati kemakmuran secara menyeluruh dan berpanjangan.
Ini adalah sejajar dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui'zzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam semasa Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang ke 58 tahun:
"Dari itu, tahap kewaspadaan kita perlu ditingkatkan dari masa ke semasa. Ia mustahak konsisten tanpa ada titik noktahnya. Tidak diragukan lagi, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei adalah pemegang utama peranan itu di sini"
Selain itu, Peramba / Saya juga ingin mengingatkan bahawa kejayaan sesebuah organisasi tidak hanya bergantung kepada keupayaan aset dan peralatan yang serba maju dan moden, akan tetapi ianya juga dipengaruhi oleh anggota-anggota yang terlatih dan professional. Ke arah ini, Peramba / Saya menyeru kepada semua warga TLDB untuk sentiasa berganding bahu didalam melaksanakan tugas dan amanah bagi mencapai misi dan visi yang kita pertahankan selama ini. Selain daripada itu, dalam usaha kita semua untuk melahirkan anggota-anggota yang berkemahiran, nilai pengetahuan kerohanian hendaklah juga dititikberatkan dengan meningkatkan kefahaman terhadap perkara-perkara asas. Menjalankan tugas berlandaskan ajaran agama Islam ini mampu mengelakkan kita semua daripada terjerumus kepada ajaran terpesong, mematuhi disiplin serta memperkuatkan lagi kualiti kepimpinan semua peringkat dikalangan warga TLDB, selari dengan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) kerana tanpanya, sikap saling hormat menghormati dan fleksibel didalam menunaikan tanggungjawab, kita tidak akan dapat menjadi sebuah angkatan laut yang kredibel.
Juga ingin Peramba / Saya ingatkan disini bahawa didalam usaha memelihara keselamatan perairan maritim Negara Brunei Darussalam, TLDB memerlukan kerjasama dangan unit-unit angkatan tentera, agensi-agensi kerajaan yang lain samada dalam mahupun luar negara. Dengan adanya kolaborasi dan semangat berpasukan seperti ini, jalinan dan semangat setiakawan sentiasa wujud dalam memantapkan keselamatan maritim Negara Brunei Darussalam dan juga serantau.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Brunei yang ke-55 tahun kepada semua warga Tentera Laut Diraja Brunei dan mendoakan semoga kitani semua sentiasa berada di bawah perlindungan dan petunjuk Allah Subhanahu Wata'aala jua. Amin Ya Rabbalalamin.
Wabillahi Taufiq Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
LAKSAMANA PERTAMA DATO SERI PAHLAWAN HAJI OTHMAN BIN HAJI SUHAILI @ SUHAILY
PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI

Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassalatu Wassalamu ala Saidina Muhammad Wa ala Aalihi Wasohbihi Ajamain.
Alhamdulillah bersyukur kita rafa'kan dan panjatkan kepada Allah Subhanahu Wa Taala kerana dengan izin-NYA jua memberikan kita peluang dan kesempatan pada tahun ini 1441H / 2020M untuk sama-sama menerima dan menyambut kedatangan Aidil Fitri yang merupakan hari kemenangan bagi semua umat Islam yang disambut dengan penuh perasaan keimanan, ketakwaan dan kesyukuran yang hakiki.
Setelah sebulan kita sama-sama berjuang didalam menahan segala kemahuan, kehendak dan keinginan kita seharian, kini tibanya 01 Syawal yangmana ia adalah hari kita memanjatkan rasa syukur dan meraikan kemenangan setelah berjaya menentang hawa nafsu yang telah disifatkan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W sebagai jihad terbesar bagi umatnya. Sama-samalah kita berdoa dan berharap semoga Allah menerima ibadah serta amalan kita dan memanjangkan usia kita untuk bertemu Ramadhan akan datang, Insha Allah.
Didalam kita meraikan Aidilfitri ini, janganlah kita leka dan menepikan isu keselamatan terutama sekali dengan keadaan pada masa ini, seperti yang kita semua telah maklum, kemunculan wabak COVID-19 memberi kesan yang amat mendalam kepada pembangunan, ekonomi dan juga aktiviti kita seharian. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa peka dan berwaspada disepanjang perayaan ini dengan mematuhi undang-undang dan juga peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Seperti yang kita sudah sedia maklum, sambutan Aidilftri pada tahun ini amat berbeza kerana Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam telah menetapkan larangan untuk berziarah serta berkunjung-kunjungan kepada semua rakyat dan penduduk negara ini disepanjang aidilfitri ini bagi mengekang merebaknya pandemik COVID 19 ini daripada berleluasa. Walaupun ianya sesuatu perubahan yang baru kepada perkara kebiasaan yang kita lakukan, akan tetapi sebagai rakyat yang bertanggungjawab, adalah menjadi tugas kita semua untuk menanai usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.
Dikesempatan ini, saya menyeru kepada semua untuk sentiasa berusaha didalam memperkukuhkan hubungan persaudaraan dengan ikatan kasih sayang kerana Allah SWT. Kekukuhan perhubungan adalah tulang belakang yang penting di dalam sebuah organisasi bagi mengelakkan daripada terjadinya perpecahan dikalangan anggota-anggota.
Sesuai dengan Firman Allah SWT di dalam surah al-Imran ayat 103:
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) dan janganlah kamu
bercerai berai….."
Dan Sabda Rasulullah SAW;
"Seorang muslim itu adalah saudara bagi seorang muslim (yang lain) tidak boleh
menganiaya dan membiarkannya dianiaya."
Didalam kita sama-sama meraikan Aidil Fitri, Peramba / Saya mengingatkan kepada semua untuk tetap melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan jujur lagi amanah kerana Peramba / Saya percaya, kejujuran dan sikap amanah telahpun sebati didalam diri masing-masing setelah menjalani latihan ketaqwaan selama sebulan disepanjang bulan Ramadhan yang telah membawa kepada perubahan yang positif kepada kehidupan kita. Oleh itu, adalah diharapkan keutuhan tahap disiplin ini sentiasa dikekalkan pada sepanjang masa samada semasa bertugas mahupun berada diluar perkhemahan.
Disamping itu juga, Peramba / Saya juga menegaskan agar semua warga TLDB akan sentiasa menjaga keutuhan sekuriti dalam semua aspek yang mana tindakan tegas akan diambil jika ada warga TLDB yang melanggar undang-undang awam mahupun tentera bagi menyokong usaha kerajaan didalam mengawal pandemik COVID 19 ini. Juga tidak Peramba / Saya lupakan bagi anggota-anggota TLDB yang akan bertugas semasa perayaan aidilfti nanti, Peramba / Saya dengan tulus ikhlas ingin mengucapkan syabas diatas pengorbanan yang telah dicurahkan
bagi menggalas tugas serta tanggungjawab yang telah diberikan demi menjaga kedaulatan perairan Negara Brunei Darussalam. Ini membuktikan bahawa organisasi ini sentiasa komited didalam mempertahankan keselamatan Negara Brunei Darussalam pada setiap masa.
Peramba / Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kepada diri Peramba /Saya sendiri serta kepada semua warga Tentera Laut Diraja Brunei untuktidak lupa bahawa didalam kita meraikan saat kegembiraan ini, kita hendaklah sentiasa mengingati Allah SWT terutama sekali didalam kehidupan kita sehari-hari berpandukan kepada Al-Quran, sejajar dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Nuzul Al- Quran bagi tahun 1441H/2020M
"Marilah kita sama-sama konsisten menghayati do'a dan membaca Al-Quran,
bukan sahaja kerana wabak, tetapi untuk Brunei mendapat lebih keberkatan,
berupa keamanan, kemakmuran dan keselamatan"
Akhir sekali, dikesempatan ini Peramba / Saya dan isteri serta ahli keluarga dengan tulus ikhlas menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf diatas segala kesalahan dan kekhilafan kepada seluruh warga Tentera Laut Diraja Brunei dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.
Wabillahi Taufiq Wal-Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu wa Taala kerana pada tahun 1441H / 2020M ini kita diberikan kesempatan sekali lagi menerima kedatangan Ramadan al-Mubarak yang penuh kemuliaan ini. Dikesempatan ini juga, Peramba/saya amat bersyukur kerana telah mencapai usia satu tahun dalam menerajui tampuk kepimpinan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Dalam pada ini, Peramba/saya menyeru kepada seluruh warga TLDB untuk sama-sama memperbaharui dan menghayati ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'zzadin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Sebagai umat Islam yang sangat sentiasa memerlukan Pertolongan dan Rahmat dari Allah S.WT dalam mengharungi segala rintangan kehidupan kita seharian, kehadiran Ramadhan sangatlah ditunggu-tunggu kerana ianya menzahirkan peluang untuk kita semua menambahkan lagi amalan dibulan yang mulia ini. Seperti yang kita semua maklum, seluruh dunia pada masa ini menghadapi cabaran yang amat besar yangmana kita semua dikejutkan oleh kemunculan wabak COVID-19 yang memberi kesan yang mendalam kepada pembangunan, ekonomi dan juga aktiviti kita seharian.
Akan tetapi ianya bukanlah satu penghalang buat kita untuk tetap terus melakukan ibadah mahupun aktivti keugamaan sempena bulan Ramadhan ini, kita juga hendaklah sentiasa mematuhi arahan mahupun saranan yang diberikan oleh pihak yang berwajib dari masa ke semasa. Ini adalah penting bagi memastikan penularan wabak COVID 19 ini dapat dikawal di Negara Brunei Darussalam daripada lebih berleluasa.
Menjelang Ramadhan ini juga, disamping melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan, warga Tentera Laut Diraja Brunei digalakkan untuk mengambil peluang bagi sama-sama meraih ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Peramba/saya juga menyeru kepada semua warga TLDB untuk sama-sama membina semangat perpaduan sebagai satu pasukan. Selain daripada itu, kita diingatkan supaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sejujurnya, kerana perkerjaan yang dilaksanakan juga dianggap sebagai sebuah ibadah apabila diiringi dengan niat yang betul bagi mendapatkan keredhaan Allah dan meningkatkan lagi pencapaian kita.
Menyentuh mengenai pencapaian TLDB khasnya dalam jangka masa satu (01) tahun Peramba/saya memegang tampuk kepimpinan TLDB ini, kita telah beroleh banyak pencapaian yang amat membanggakan terutama sekali didalam menjaga kedaulatan perairan Negara Brunei Darussalam yang mana sejumlah 52 kapal nelayan asing berjaya dijumpai dan diiring keluar daripada perairan Negara Brunei Darussalam dari bulan Jun 2019 sehingga April 2020. Ini menunjukkan bahawa TLDB sentiasa komited dan bersiap sedia didalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
Selain dari itu, hal ehwal kebajikan seluruh warga TLDB juga amat dititikberatkan kerana ianya penting bagi memastikan seluruh pegawai dan anggota TLDB sentiasa mempunyai semangat yang jitu dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Dalam jangka masa satu (01) tahun kebelakangan ini juga, terdapat peningkatan jumlah Pegawai dan anggota yang disokong untuk dinaikkan pangkat yang terdiri daripada 28 Pegawai, 55 PTB Kanan dan 280 PTB Rendah. Ini menunjukkan TLDB sentiasa menghargai sumbangan yang dicurahkan oleh warganya.
Di samping itu juga Peramba/saya mengingatkan kepada semua warga TLDB untuk tidak lalai mahupun leka akan peranan dan tanggungjawab seharian lebih-lebih lagi didalam situasi global pada masa ini. Dalam situasi Wabak Pandemik COVID-19 ini, kita hendaklah sentiasa mematuhi arahan-arahan yang diberikan oleh pihak yang tertentu bagi membendung penularan wabak tersebut. Ini bermakna tahap disiplin yang tinggi hendaklah dikekalkan pada setiap masa samada didalam ataupun luar perkhemahan bagi sama-sama berganding bahu membantu usaha kerajaan Negara Brunei Darussalam menangani penularan wabak ini.
Disini ditegaskan juga agar semua warga TLDB akan sentiasa menjaga keutuhan sekuriti dalam semua aspek. Tindakan tegas akan diambil jika ada warga TLDB yang melanggar undang-undang awam mahupun tentera dan mengambil pengajaran akan kejadian yang berlaku sebelum ini kepada beberapa warga TLDB, antaranya terlibat dalam perkumpulan semasa situasi COVID-19, penglibatan terhadap peminjaman wang tanpa lesen yang sah, meninggalkan tempat bertugas, tidak hadir bertugas tanpa cuti dan kesalahan yang lain nya.
Selain itu, Peramba/saya dan juga bagi pihak Yang Mulia Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ingin mengucapkan syabas kepada warga TLDB yang pada masa ini bertugas sebagai 'Frontliners' yang secara langsung terlibat dibawah Task Force COVID-19 kerana menyumbangkan titik peluh dan tenaga didalam usaha untuk membendung serta membenteras wabak COVID-19 ini. Ketabahan yang tidak mengerti penat dan juga lelah yang dipamerkan bukan saja membangkitkan rasa bangga kepada Peramba/saya, malah kepada seluruh organisasi TLDB khasnya dan ABDB amnya.
Kearah itu, sama-sama lah kita bekerjasama untuk menyemai sikap bertanggungjawab terutama sekali dalam situasi kita pada masa ini dan menyahut seruan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam didalam Titah Perutusan Khas Berkenaan Jangkitan Wabak COVID-19 pada 21 Mac 2020:
" Ini semua tanggungjawab kita bersama.
Jangan siapa yang lari dari tanggungjawab ini"
Marilah kita sama-sama memanjatkan doa agar tanah air kita, Negara Brunei Darussalam dibebaskan daripada wabak Pandemik COVID-19 serta agar keadaan rantau dan seluruh dunia kembali kepada asal dengan izin-Nya jua.
Peramba/saya juga berharap dan berdoa semoga Ramadhan kali ini memberikan makna pada kita semua bagi mencapai matlamat dan tujuan asasi pensyariatan fardhu puasa sebagaimana firman Allah S.W.T didalam surah Al-Baqarah yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada umat Islam yang terdahulu agar kamu bertaqwa"
Dikesempatan ini Peramba/saya serta ahli keluarga dengan tulus ikhlas dan berbesar hati mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1441H. Semoga semua amalan dan amal ibadah disepanjang bulan Ramadhan ini akan diterima dan mendapat Redha serta keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Taala jua.