MUARA NAVAL BASE, Saturday, 27 June 2026 – The Royal Brunei Navy held its 61st Anniversary Regimental Dinner Night at the Royal Brunei Navy Officers’ Mess, Muara Naval Base, in conjunction with the 61st anniversary of the Royal Brunei Navy.
The event was attended by Royal Brunei Navy officers, including those serving outside their respective units, together with their spouses.
The evening commenced with the ceremonial laying of the Panji-Panji, followed by the arrival of officers, senior officers, and members of the Royal Brunei Navy leadership. The Commander of the Royal Brunei Navy, First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, and spouse were also present for the occasion as the Guest of Honour.
The Regimental Dinner Night formally began with the First Hammer, followed by the recitation of Doa to bless the event. Guests were then served dinner, accompanied by a live performance by the Royal Brunei Navy Band. The evening also featured a bagpipe performance and a special session involving the Commander of the Royal Brunei Navy and the Band.
As part of the event, the Commander of the Royal Brunei Navy delivered a speech, reflecting on the significance of the Royal Brunei Navy’s 61st anniversary and the importance of maintaining professionalism, unity, and commitment in service to the nation. The event concluded with the recitation of the closing Doa, followed by a group photograph session.
The Regimental Dinner Night was also held to congratulate all officers on the achievements, contributions and commitment demonstrated throughout their years of service. The occasion further served to express appreciation to the spouses, who continue to provide invaluable support and remain a strong backbone to the RBN officers in carrying out their duties and responsibilities with dedication, resilience and professionalism.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN MALAM MAKAN BERADAT SEMPENA ULANG TAHUN KE-61
PANGKALAN MUARA, Sabtu, 27 Jun 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei telah mengadakan Malam Makan Beradat sempena Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Brunei ke-61 bertempat di Mes Pegawai Tentera Laut Diraja Brunei, Pangkalan Muara.
Majlis tersebut dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Diraja Brunei, termasuk pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat di luar unit masing-masing, bersama pasangan.
Majlis dimulakan dengan istiadat mengampar Panji-Panji, diikuti dengan ketibaan para pegawai, pegawai-pegawai kanan dan kepimpinan Tentera Laut Diraja Brunei. Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, dan pasangan turut hadir bagi menyerikan majlis berkenaan sebagai Tetamu Kehormat.
Malam Makan Beradat dimulakan secara rasmi dengan paluan pertama, diikuti dengan bacaan Doa bagi memberkati majlis. Para jemputan kemudian dijamu dengan hidangan makan malam sambil diiringi persembahan secara langsung oleh Pancaragam Tentera Laut Diraja Brunei. Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan bagpipe serta sesi khas melibatkan Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei bersama pancaragam.
Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei turut menyampaikan ucapan yang menekankan kepentingan memperkukuhkan profesionalisme, perpaduan, disiplin dan komitmen dalam melaksanakan amanah mempertahankan kepentingan maritim negara. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa penutup, diikuti dengan sesi bergambar ramai.
Malam Makan Beradat ini diadakan bagi menghargai kepada semua pegawai atas pencapaian, sumbangan dan komitmen yang telah diberikan sepanjang tahun perkhidmatan mereka. Di samping itu, majlis ini turut menzahirkan penghargaan kepada para pasangan suami/isteri yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak ternilai dan menjadi tulang belakang yang kukuh kepada para pegawai TLDB dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, ketabahan dan profesionalisme.