|  | 
|  | 10/30/2025 2:09 PM | 
| KOTA KINABALU, 25–27 OkTOBER 2025 — Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai Eksesais HORNBILL Siri 30/25 bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dianjurkan oleh TLDM melalui Pemerintah Armada Timur dan berlangsung di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah dari 20 hingga 25 Oktober 2025. 
 | 
| Publish Date:
          10/27/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/29/2025 10:34 AM | 
| BOLKIAH GARISON, Ahad, 26 Oktober 2025 – Dua pegawai wanita Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Leftenan Wan Syamimi Alya’a Filzah binti Zulkiflee, TLDB, dan Leftenan Nabilah Sa’adatul Hayat binti Shamsul Hayat, TLDB, meraih tempat pertama dalam kategori 21km Terbuka Perseorangan Wanita dan kategori 10km Terbuka Wanita 31 tahun ke atas semasa Acara Half Marathon dan Larian 10km Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 2025 yang berlangsung di Mini Stadium, Bolkiah Garison.
 | 
| Publish Date:
          10/26/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/28/2025 3:50 PM | 
| MUARA, JUMAAT, 24 OKTOBER 2025 – Majlis Penyampaian Kenaikkan Pangkat bagi enam (6) anggota dari Markas Tentera Laut Diraja Brunei telah berlangsung di Bilik Pahlawan, Markas Tentera Laut Diraja Brunei dan disempurnakan oleh Yang Mulia Komander Mohammad Faizal Ezam bin Haji Abas, TLDB, Ketua Staf Tentera Laut Diraja Brunei.
 | 
| Publish Date:
          10/24/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/28/2025 4:54 PM | 
| SERASA, JUMAAT, 24 OKTOBER 2025 - Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bagi Kursus M2 Intermediate Course dan Basic General Mechanic 2025 telah diadakan di Kompleks Sukan Air Serasa, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Leftenan Komander Eddy Sahrany bin Emran, TLDB, Pegawai Jurutera Marin Markas Perkhidmatan Bantu.
 | 
| Publish Date:
          10/24/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/27/2025 3:38 PM | 
| MUARA, ISNIN-SELASA, 21-22 OKTOBER 2025 – Sempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Intan, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menganjurkan Kempen Derma Darah selama dua hari bertempat di RBN Warrant Officers’ Mess. 
 | 
| Publish Date:
          10/22/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/27/2025 3:52 PM | 
| MUARA, RABU, 22 OKTOBER 2025 – Mariner’s Club TLDB telah pun mengadakan sesi Leadership’s Talk bagi Pegawai Tidak Bertauliah bersama Sarjan Mejar – Sarjan Mejar Tentera Laut Diraja Brunei bertempat di Dewan Samudera, TLDB.
 | 
| Publish Date:
          10/22/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/29/2025 9:59 AM | 
| MUARA, RABU, 22 OKTOBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi dua puluh satu (21) orang anggota dari Jabatan Pangkalan TLDB. Majlis berlangsung di Jabatan Pangkalan, Tentera Laut Diraja Brunei.
 | 
| Publish Date:
          10/22/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/24/2025 11:05 AM | 
| BRUNEI – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah  menyertai Jelajah Kerjaya 2025 yang dianjurkan oleh Pusat Pekerjaan Brunei (PPB). Program ini telah diadakan di keempat-empat daerah bermula pada 2 Oktober hingga 19 Oktober 2025.
 | 
| Publish Date:
          10/19/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/20/2025 10:16 AM | 
| PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, Juma’at, 17 Oktober 2025 – Dua kapal Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), KDB DARULAMAN dan KDB BERKAT, telah berlepas baru-baru ini ke Sepanggar, Kota Kinabalu untuk menyertai Eksesais Dua Hala HORNBILL 30/25 bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang akan berlangsung dari 19 hingga 24 Oktober 2025 bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
 | 
| Publish Date:
          10/17/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/21/2025 3:12 PM | 
| PENANJONG GARISON, JUMAAT, 17 OKTOBER 2025 – Seramai empat (4) anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah berjaya menamatkan Kursus Membaca Peta dan Pandu Arah GPS Siri 2/2025 bersama peserta daripada cawangan lain Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Majlis penutup kursus tersebut diadakan di Bilik Iveco, Cawangan Latihan Memandu, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Penanjong Garison. | 
| Publish Date:
          10/17/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/22/2025 2:31 PM | 
| SURABAYA INDONESIA - Leftenan Mirza bin Abdullah dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai program Western Pacific Naval Symposium Junior Officers' Interaction 2025 (WPNS JOIP 2025) yang telah diadakan di Surabaya, Indonesia dari 13 hingga 17 Oktober 2025. | 
| Publish Date:
          10/17/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/20/2025 9:55 AM | 
| MUARA, Khamis, 16 Oktober 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima kunjungan daripada Laksamana Muda Amir Mahmood, HI (M), Pemangku Setiausaha Pertahanan, Republik Islam Pakistan, bersama delegasi. Ketibaan Laksamana Muda Amir Mahmood dan delegasi di Markas TLDB telah disambut oleh Kepten Khairil Haji Abdul Rahman, TLDB, Timbalan Pemerintah TLDB. 
 | 
| Publish Date:
          10/16/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/20/2025 10:03 AM | 
| MUARA, Khamis, 16 Oktober 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi menghargai pencapaian sembilan (9) orang anggota dari Pusat Latihan Tentera Laut (PLTL), TLDB, yang berlangsung di Lobi, Aras Bawah, Pusat Latihan Tentera Laut, Pangkalan Tentera Laut Muara.
 | 
| Publish Date:
          10/16/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/21/2025 3:19 PM | 
| MUARA, KHAMIS, 16 OKTOBER 2025 – Jabatan Logistik, Markas Perkhidmatan Bantu, Tentera Laut Diraja Brunei telah mengadakan majlis bagi menyambut pelantikan Pegawai Pemerintah Logistik TLDB yang baharu, Leftenan Komander Mohamad Hasmin bin Haji Hashim, TLDB. Majlis tersebut berlangsung di Dewan Samudera, TLDB dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah serta ucapan daripada Pegawai Pemerintah Logistik TLDB.
 | 
| Publish Date:
          10/16/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/20/2025 10:26 AM | 
| Canberra, Rabu, 15 Oktober 2025 – Mesyuarat ke-3 Navy-to-Navy Talks (NTNT) antara Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Diraja Australia (TLDA) telah berjaya diadakan di R1 Russell Offices, Markas Tentera Laut di Canberra, Australia. Mesyuarat tersebut telah dihoskan oleh Tentera Laut Diraja Australia.
 | 
| Publish Date:
          10/15/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/14/2025 12:34 PM | 
| TOKYO, JEPUN – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dengan bangganya telah menyertai 13th Western Pacific Naval Symposium Short Term Exchange Program (WPNS STEP) yang berlangsung di Tokyo, Jepun, dari 29 September hingga 7 Oktober 2025. Program ini menghimpunkan 30 angkatan laut dari seluruh rantau bagi memperkukuhkan usaha bersama ke arah memupuk persefahaman, kerjasama dan dialog dalam keselamatan maritim serantau. | 
| Publish Date:
          10/14/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/14/2025 12:25 PM | 
| PANGKALAN MUARA, ISNIN, 13 OKTOBER 2025 – Upacara Serah Terima Tugas Ketua Staf Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah berlangsung di Markas TLDB pagi tadi.
 | 
| Publish Date:
          10/13/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/15/2025 9:06 AM | 
| BANDAR SERI BEGAWAN, ISNIN, 13 OKTOBER 2025 – Upacara penurunan bendera besar Negara Brunei Darussalam menandakan berakhirnya tempoh pengibaran bendera sempena perayaan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79 yang bermula pada 1 Julai yang lepas, di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda Bin Haji Abdul Rashid.
 | 
| Publish Date:
          10/13/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/14/2025 12:46 PM | 
| MUARA, JUMAAT, 10 OKTOBER 2025 – Markas Armada Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Perbarisan Pemerintah Armada sempena perlantikan Pemerintah Armada yang baharu, Komander Sonny Iskandar bin Rasani, TLDB. Upacara tersebut telah berlangsung di Jeti Bravo, Pangkalan Tentera Laut.
 | 
| Publish Date:
          10/10/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/15/2025 9:24 AM | 
| PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, 10 OKTOBER 2025 – Pusat Latihan Tentera Laut (PLTL), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Perpisahan bagi Komander Mohammad Faizal Ezam bin Haji Abas, TLDB, yang akan memulakan tugas baharu sebagai Ketua Staf, Tentera Laut Diraja Brunei berkuat kuasa hari ini, 10 Oktober 2025. Majlis tersebut telah berlangsung pada sebelah pagi di Pusat Latihan Tentera Laut, TLDB. 
 
 
 | 
| Publish Date:
          10/10/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/14/2025 1:07 PM | 
| MUARA, KHAMIS, 09 OKTOBER 2025 – Seramai lapan (08) pegawai TLDB telah berjaya menamatkan kursus Junior Warfare Officer Course (JWOC) Siri 02/2025 selama sepuluh (10) minggu yang dikendalikan di Pusat Latihan TLDB. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah dilaksanakan pagi ini bertempat di Mes Pegawai Waran, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). | 
| Publish Date:
          10/9/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/7/2025 2:26 PM | 
| MUARA, SELASA, 7 OKTOBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) sekali lagi mengadakan Kempen Membersihkan Masjid sempena Sambutan Jubli Intan TLDB, bertempat di Masjid Kampung Sungai Buloh, Brunei Muara. Inisiatif ini merupakan kesinambungan daripada acara - acara aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan TLDB sebelum ini bagi menyemarakkan sambutan ulang tahun ke-60 penubuhannya.
 | 
| Publish Date:
          10/7/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/14/2025 12:55 PM | 
| PHNOM PENH, ISNIN, 06 OKTOBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai Program ASEAN Naval Training Experience Exchange Programme (ANTEEP) ke-3 yang diadakan di Phnom Penh, Kemboja, dari 6 hingga 9 Oktober 2025. Acara selama empat hari ini menghimpunkan wakil-wakil tentera laut ASEAN bagi bertukar pengalaman profesional dan pandangan operasi dalam bidang Mencari dan Menyelamat (Search and Rescue - SAR). | 
| Publish Date:
          10/6/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/3/2025 8:21 PM | 
| SURAU AL-HUDA, JUMAAT, 3 OKTOBER 2025 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Kuliah Subuh dan Halaqah Jumaat pagi ini.
 | 
| Publish Date:
          10/3/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/6/2025 8:50 AM | 
| BRIDEX, JUMA'AT, 03 OKTOBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai Brunei Darussalam Maritime Week 2025 (BDMW 2025) yang berlangsung selama empat hari di Pusat Persidangan Antarabangsa BRIDEX. Acara ini dianjurkan oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) melalui Autoriti Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD), dengan sokongan pelbagai agensi kerajaan, pihak industri, akademia serta organisasi antarabangsa.
 | 
| Publish Date:
          10/3/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/5/2025 8:00 PM | 
| MUARA, RABU, 01 OKTOBER 2025 – KDB DARUTTAQWA telah menyambut ulang tahun yang ke-11 dengan acara petang khas yang dihadiri oleh pegawai, anggota, serta mantan Pegawai Pemerintah kapal tersebut. Sambutan dimulakan dengan Solat Sunat Hajat dan Solat Asar di Surau Al-Huda TLDB, diikuti dengan bacaan doa memohon keberkatan dan perlindungan. Majlis kemudiannya diteruskan di Mes PTB Kanan TLDB, di mana warga kapal bersama mantan Pegawai Pemerintah kapal berkumpul dalam suasana mesra. 
 | 
| Publish Date:
          10/1/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 10/1/2025 8:15 AM | 
| MUARA, ISNIN, 29 SEPTEMBER 2025 – Skuadron Pertahanan Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan perbarisan di Padang Kawad Pangkalan TLDB sebagai acara kemuncak sambutan Hari Ulang Tahun Penubuhannya ke-10. | 
| Publish Date:
          9/29/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 9/30/2025 10:37 AM | 
| MUARA, JUMAAT, 26 SEPTEMBER 2025 – Eksesais PELICAN 43/2025, iaitu latihan dua-hala tahunan antara Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Republik Singapura (TLRS), telah berjaya dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam dari 23 hingga 26 September 2025. Latihan ini merupakan platform penting dalam memperkukuh hubungan profesional serta meningkatkan interoperabiliti antara kedua-dua angkatan laut, sekali gus menggalakkan pemahaman dan kerjasama dalam operasi maritim. | 
| Publish Date:
          9/26/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 9/30/2025 11:10 AM | 
| BRUNEI-MUARA, JUMAAT, 26 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan dua kempen membersihkan tanah perkuburan Islam sempena memperingati Jubli Intan TLDB. Aktiviti ini berlangsung serentak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulaie dan Tanah Perkuburan Islam Jalan Residency, yang masing-masing dikendalikan oleh Jabatan Pangkalan dan Jabatan Armada B.
 | 
| Publish Date:
          9/26/2025 | 
| Sort order: | 
|  | 
|  | 
|  | 9/26/2025 10:20 PM | 
| MUARA, KHAMIS, 25 SEPTEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Republik Singapura (TLRS) telah berjaya melaksanakan Engineering and Logistics Exchange Programme (ELEP) Kedua, yang berlangsung dari 22 hingga 25 September 2025 di Pangkalan TLDB, Muara.
 | 
| Publish Date:
          9/25/2025 | 
| Sort order: | 
|  |