Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBN OFFICERS SUCCESSFULLY COMPLETE 35TH MINE-HUNTING OFFICERS’ COURSE IN SINGAPORE
CHANGI NAVAL BASE, REPUBLIC OF SINGAPORE — Lieutenant Muhammad Farasul Wai'e bin Wadi, RBN and Lieutenant Junior Grade Mohamad Shukri bin Mohamad Shahminan, RBN, have successfully completed the 35th Mine-Hunting Officers’ Course, conducted at the Naval Warfare School, RSS PANGLIMA, Changi Naval Base, Republic of Singapore, from 04 June to 25 June 2026.

The three-week course, which brought together officers from the Republic of Singapore Navy, the Indonesian Navy and the People’s Liberation Army Navy, was designed to equip naval officers with specialised skills in Mine Countermeasures (MCM), underwater search and identification procedures, and the tactical deployment of modern mine-hunting assets.

The training also aimed to deepen theoretical understanding and operational readiness in MCM, while fostering professional ties among the participating navies. The successful completion of the MHOC marks a significant milestone in the officers’ professional development and reflects the RBN’s continued commitment to enhancing operational capability and interoperability with international partners.

PEGAWAI TLDB BERJAYA MENAMATKAN KURSUS MINE-HUNTING KE-35 DI SINGAPURA

PANGKALAN TENTERA LAUT CHANGI, REPUBLIK SINGAPURA — Leftenan Muhammad Farasul Wai'e bin Wadi, TLDB dan Leftenan Madya Mohamad Shukri bin Mohamad Shahminan, TLDB, telah berjaya menamatkan Mine-Hunting Officers’ Course Ke-35 yang dikendalikan di Naval Warfare School, RSS PANGLIMA, Pangkalan Tentera Laut Changi, Republik Singapura, dari 04 Jun hingga 25 Jun 2026.

Kursus selama tiga minggu tersebut disertai oleh pegawai-pegawai daripada Tentera Laut Republik Singapura, Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut dan Tentera Laut Tentera Republik Rakyat China. Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan para pegawai tentera laut dengan kemahiran khusus dalam Mine Countermeasures (MCM), prosedur pencarian dan pengecaman dalam air, serta penempatan taktikal aset pemburuan ranjau moden.

Latihan tersebut juga bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman teori dan kesiapsiagaan operasi dalam MCM, di samping memupuk hubungan profesional antara angkatan tentera laut yang terlibat. Kursus ini merupakan satu pencapaian penting dalam pembangunan profesional pegawai-pegawai berkenaan dan mencerminkan komitmen berterusan TLDB dalam meningkatkan keupayaan operasi serta kebolehoperasian bersama rakan-rakan antarabangsa.​