Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI NAVY PARTICIPATES IN 14TH KEY LEADERSHIP ENGAGEMENT FOCUSING ON THE HUMAN ELEMENT IN A TECHNOLOGICALLY ADVANCED MARITIME ENVIRONMENT

MUARA NAVAL BASE, 06 MAY 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) participated in the 14th Multilateral Maritime Virtual Key Leadership Engagement (KLE) held virtually this morning, hosted by the U.S. Pacific Fleet. Representing the RBN was Yang Mulia First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Commander of the Royal Brunei Navy. The KLE serves as a virtual platform for regional navies to exchange views and deliberate on matters of mutual interest concerning maritime security and multilateral cooperation.

In its 14th iteration, discussions centred around the theme “The Human Element in a Technologically Advanced Maritime Environment”, highlighting the importance of human capital development, leadership, and personnel adaptability in addressing the rapid evolution of technology within the maritime domain. The session also explored how navies can sustain operational readiness and strengthen organisational resilience amid the growing integration of advanced technologies and automated systems.

The engagement, attended by Chiefs and Senior Leadership from Indo-Pacific navies, brought together several navies from across the region, including Japan and the Republic of Korea from Northeast Asia; Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, the Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam from Southeast Asia; Australia, Chile, Fiji, France (ALPACI), New Zealand, Papua New Guinea and Tonga from Oceania; as well as Bangladesh, India and Sri Lanka from the Indian Ocean region.

Key discussions focused on strengthening professional development among personnel, enhancing multilateral cooperation, and ensuring a balance between technological advancement and human capability in addressing contemporary maritime security challenges. The session underscored the shared commitment among participating navies towards maintaining regional maritime security and stability through continued collaboration, knowledge-sharing, and exchange of experiences.

The Royal Brunei Navy remains committed to strengthening defence relations and enhancing regional maritime cooperation through active participation in international and multilateral engagements.

───

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI SERTAI KEY LEADERSHIP ENGAGEMENT KE-14 DENGAN FOKUS KEPADA "THE HUMAN ELEMENT IN A TECHNOLOGICALLY ADVANCED MARITIME ENVIRONMENT"

PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, 06 MEI 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai Multilateral Maritime Virtual Key Leadership Engagement (KLE) ke-14 yang diadakan secara maya pagi ini, dikendalikan oleh U.S. Pacific Fleet. Mewakili TLDB ialah Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei. KLE merupakan platform secara maya yang membolehkan tentera-tentera laut serantau berkongsi pandangan dan membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan keselamatan maritim dan kerjasama pelbagai hala.

Dalam siri ke-14 ini, perbincangan tertumpu kepada tema “The Human Element in a Technologically Advanced Maritime Environment”, yang menekankan kepentingan pembangunan modal insan, kepimpinan dan kebolehsuaian anggota dalam menghadapi perubahan teknologi yang semakin pesat dalam domain maritim. Sesi ini turut membincangkan bagaimana tentera laut dapat mengekalkan kesiapsiagaan operasi dan memperkukuhkan daya tahan organisasi di tengah-tengah peningkatan penggunaan teknologi moden dan sistem automasi.

Sesi ini, yang turut dihadiri oleh Pemerintah-Pemerintah Tentera Laut dan kepimpinan kanan tentera laut dari rantau Indo-Pasifik, telah menghimpunkan beberapa buah tentera laut dari rantau tersebut, termasuk Jepun dan Republik Korea dari rantau Northeast Asia; Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam dari rantau Southeast Asia; Australia, Chile, Fiji, Perancis (ALPACI), New Zealand, Papua New Guinea dan Tonga dari rantau Oceania; serta Bangladesh, India dan Sri Lanka dari rantau Indian Ocean.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah kepentingan memperkukuhkan pembangunan profesional anggota, meningkatkan kerjasama pelbagai hala serta memastikan keseimbangan antara kemajuan teknologi dan keupayaan manusia dalam menghadapi cabaran keselamatan maritim masa kini. Sesi ini turut menekankan komitmen bersama negara-negara yang turut serta dalam memperkukuhkan keselamatan dan kestabilan maritim serantau melalui perkongsian pengalaman dan kerjasama berterusan.

Tentera Laut Diraja Brunei akan terus komited dalam memperkukuhkan hubungan pertahanan serta meningkatkan kerjasama maritim serantau melalui penglibatan aktif dalam platform antarabangsa dan pelbagai hala