Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBN BASE WELCOMES NEW COMMANDING OFFICER

MUARA NAVAL BASE, FRIDAY, 1 MAY 2026 – The Base Department, Royal Brunei Navy (RBN), held a Taking Over Ceremony, marking the formal assumption of command by the new Commanding Officer Base (COB), Lieutenant Commander Dayangku Lyadia Ulandari binti Pengiran Haji Muhamad, RBN.

The ceremony was held at the RBN Warrant Officers’, Chief Petty Officers’ and Petty Officers’ Mess and was attended by RBN base officers and personnel, reflecting the importance of leadership continuity within the Royal Brunei Navy. The event featured the signing of the Taking Over Parchment, symbolising the formal transfer of command, and included the recitation of Doa Selamat to bless the occasion.

In her inaugural address, Lieutenant Commander Dayangku Lyadia Ulandari outlined her commitment to strengthening the operational effectiveness of the Base Department, enhancing professionalism across all ranks, and prioritising the welfare and well-being of personnel—key elements that support the Royal Brunei Navy’s readiness and ability to safeguard Brunei Darussalam’s maritime interests.

The outgoing Commanding Officer Base, Commander Nazrin bin Haji Sabli, RBN, has since been appointed as Defence Attaché to Thailand, reflecting the continued contribution of RBN in strengthening defence diplomacy abroad.
This leadership transition will ensure that the RBN Base continues to grow in capability, professionalism, and operational effectiveness, supporting the Royal Brunei Navy’s readiness in safeguarding Brunei Darussalam’s maritime interests.

───

PANGKALAN TLDB MENGALU-ALUKAN PEGAWAI PEMERINTAH BAHARU

PANGKALAN TENTERA LAUT, JUMAAT, 1 MEI 2026 – Jabatan Pangkalan, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas, menandakan pengambilalihan pemerintahan oleh Pegawai Pemerintah Pangkalan (COB) yang baharu, Leftenan Komander Dayangku Lyadia Ulandari binti Pengiran Haji Muhamad, TLDB.

Majlis yang berlangsung di Mes Pegawai Waran, Bintara Kanan dan Bintara TLDB itu telah dihadiri oleh pegawai dan anggota dari pangkalan TLDB, mencerminkan kepentingan kepimpinan dalam TLDB. Acara tersebut menyaksikan penandatanganan Parchment Serah Terima Tugas sebagai simbol rasmi peralihan jawatan, serta bacaan Doa Selamat bagi memberkati majlis tersebut.

Dalam ucapannya, Leftenan Komander Dayangku Lyadia Ulandari menzahirkan komitmen untuk memperkukuhkan lagi Jabatan Pangkalan, meningkatkan profesionalisme dalam kalangan organisasinya serta menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan anggota—elemen penting dalam memastikan kesiapsiagaan TLDB dalam mempertahankan kepentingan maritim negara.

Mantan Pegawai Pemerintah Pangkalan, Komander Nazrin bin Haji Sabli, TLDB, kini memegang jawatan sebagai Atase Pertahanan ke Thailand, mencerminkan peranan berterusan TLDB dalam memperkukuh hubungan pertahanan di peringkat antarabangsa.
Peralihan kepimpinan ini akan memastikan Pangkalan TLDB terus berkembang dari segi keupayaan dan keberkesanan operasi dalam menyokong kesiapsiagaan TLDB bagi mempertahankan kepentingan maritim negara.