BERAKAS GARRISON, Thursday, 30 April 2026 – The Ministry of Defence held the Jiwa Murni Ceremony, a presentation of contributions to 125 intending Haj pilgrims for the 1447H/2026M season at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison.
This year’s group comprises 54 Royal Brunei Armed Forces (RBAF) officers and personnel accompanied by 42 spouses, as well as 16 civilian officers and staff accompanied by 13 spouses, including those currently in service and retired.
Among the 125 pilgrims, five (05) personnel are from the Royal Brunei Navy (RBN), comprising three (03) officers and two (02) other ranks.
Present to hand over contributions to the male pilgrims was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Contributions to the female pilgrims were presented by Yang Mulia Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili.
Also in attendance were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces; Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence; senior leadership of the Ministry of Defence and their spouses; as well as officers and personnel from across the Ministry.
The ceremony featured a tazkirah titled “Perjalanan Menuju Keampunan: Peluang Sekali Seumur Hidup”, delivered by Ustaz Haji Mohammad Rif’at Atiyah bin Anwari, Special Duties Officer Grade II, Directorate of Religious Affairs, Royal Brunei Armed Forces.
To seek blessings for the pilgrims’ journey to the Holy Land, the ceremony concluded with Sunat Hajat prayers and a Doa Selamat, seeking the protection of Allah Subhanahu wa Ta’ala, and that all matters are eased and the pilgrims attain a Mabrur Haj.
-----------
LIMA WARGA TLDB DALAM KALANGAN BAKAL JEMAAH HAJI MINDEF DI MAJLIS JIWA MURNI 1447H/2026M
BERAKAS GARISON, Khamis, 30 April 2026 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Jiwa Murni, iaitu penyampaian sumbangan kepada 125 orang bakal jemaah haji bagi musim 1447H/2026M di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.
Pada tahun ini, kumpulan bakal jemaah haji terdiri daripada 54 orang warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berserta 42 pasangan, serta 16 orang kakitangan awam berserta 13 pasangan, termasuk yang masih berkhidmat dan telah bersara.
Daripada jumlah tersebut, lima (05) orang adalah dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), terdiri daripada tiga (03) pegawai dan dua (02) anggota lain-lain peringkat.
Hadir bagi menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada bakal jemaah haji lelaki ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Manakala sumbangan kepada bakal jemaah haji wanita telah disampaikan oleh Yang Mulia Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili.
Turut hadir ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB; Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan; kepimpinan kanan Kementerian Pertahanan berserta isteri masing-masing; serta pegawai dan kakitangan kementerian.
Majlis turut diserikan dengan tazkirah bertajuk “Perjalanan Menuju Keampunan: Peluang Sekali Seumur Hidup” yang disampaikan oleh Ustaz Haji Mohammad Rif’at Atiyah bin Anwari, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Jabatanarah Agama ABDB.
Bagi memohon keberkatan perjalanan ke Tanah Suci, majlis diakhiri dengan sembahyang Sunat Hajat dan bacaan Doa Selamat, bagi memohon perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala serta dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan haji yang mabrur.