Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

OFFICIAL INTRODUCTORY VISIT BY THE COMMANDER OF THE ROYAL BRUNEI NAVY TO MALAYSIA STRENGTHENS RBN–RMN TIES

​​KUALA LUMPUR, WEDNESDAY, 30 APRIL 2026 – The Commander of the Royal Brunei Navy (RBN), Yang Mulia First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, conducted an official working visit to Malaysia, with a visit to the Royal Malaysian Navy (RMN) Headquarters as one of the key programmes of the visit.


Upon arrival at Wisma Pertahanan, the Commander RBN and delegation were received by the Chief of Navy RMN, Admiral Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain. The visit commenced with a Guard of Honour inspection, accompanied by the RMN Central Band, followed by an introduction to members of the RMN leadership.

During the visit at RMN Headquarters, both leaders engaged in bilateral discussions and exchanged views on recent developments within their respective services, as well as regional maritime security issues.

This visit reflects the RBN’s continued commitment in strengthening defence relations and professional cooperation with the RMN, contributing towards regional maritime stability and security.

------------


KUALA LUMPUR, RABU, 30 APRIL 2026 – Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, telah mengadakan lawatan pengenalan rasmi ke Malaysia, dengan kunjungan ke Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai salah satu program utama lawatan tersebut.

Ketibaan Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bersama delegasi TLDB di Wisma Pertahanan telah disambut oleh Panglima Tentera Laut TLDM, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain. Lawatan dimulakan dengan upacara menerima tabik hormat serta pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama TLDM yang diiringi oleh Pancaragam Pusat TLDM, sebelum sesi perkenalan bersama barisan kepimpinan TLDM diadakan.

Sepanjang lawatan, kedua-dua pemimpin TLDB dan TLDM telah mengadakan perbincangan dua hala serta berkongsi maklumat terkini mengenai perkembangan perkhidmatan masing-masing dan isu keselamatan maritim serantau.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan TLDB dalam memperkukuhkan hubungan pertahanan serta kerjasama profesional dengan TLDM, di samping menyumbang ke arah kestabilan dan keselamatan perairan maritim serantau.