MUARA NAVAL BASE, Friday, 08 May 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) concluded its Football and Tug-of-War Tournament 2026 with an exciting and highly competitive finale held at the Mini Stadium, Naval Training Centre. The tournament, which ran from 04 to 08 May 2026, brought together four teams comprising Pangkalan A, Pangkalan B, Armada A, and Armada B in a spirited display of teamwork, determination, and sportsmanship.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Commander of the Royal Brunei Navy. Also in attendance were members of the RBN Executive Committee, senior officers, officers, and personnel of the Royal Brunei Navy.
The football final delivered an intense and entertaining showdown between Armada A and Pangkalan B, ending in a dramatic 2-2 draw before Armada A secured a victory through a penalty shootout to lift the championship trophy. Pangkalan B finished as runners-up, while Armada B secured third place. Throughout the tournament, all teams displayed exceptional fighting spirit, teamwork, and resilience, creating an electrifying atmosphere for players and spectators alike.
Meanwhile, the Tug-of-War competition showcased remarkable strength, endurance, and unity among the competing teams. In the Heavyweight category, Pangkalan A emerged victorious after defeating Armada A in a fiercely contested final, while Armada B secured third place. Pangkalan A continued their dominant performance in the Lightweight category by defeating Pangkalan B to claim another championship title.
The Guest of Honour presented prizes to the winning teams and individual recipients, including the inaugural ‘Golden Boot’ and ‘Golden Glove’ awards. The ‘Golden Boot’ award was presented to 53146 Able Rate Md Adi Shukry bin Salleh, TLDB, while the ‘Golden Glove’ award was presented to 51518 Petty Officer Md Hafizul Azim bin Arifin, TLDB, in recognition of their outstanding performances and dedication throughout the tournament.
The annual tournament serves to strengthen unity and esprit de corps among RBN personnel while promoting healthy competition and identifying talented athletes to represent the Royal Brunei Navy in future sporting events.
——
PASUKAN ARMADA DAN PANGKALAN MENAMPILKAN AKSI PENUH SAINGAN DALAM KEJOHANAN BOLA SEPAK DAN TARIK KALAT TLDB 2026
PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, Jumaat, 08 Mei 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menutup Kejohanan Bola Sepak dan Tarik Kalat TLDB 2026 dengan penuh meriah menerusi perlawanan akhir yang berlangsung di Mini Stadium, Pusat Latihan Tentera Laut. Kejohanan yang berlangsung dari 04 hingga 08 Mei 2026 itu telah disertai oleh empat pasukan iaitu Pangkalan A, Pangkalan B, Armada A dan Armada B dalam suasana penuh semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan persaingan yang sengit.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei. Turut hadir ialah ahli-ahli Badan Eksekutif TLDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai serta anggota Tentera Laut Diraja Brunei.
Perlawanan akhir bola sepak menyaksikan aksi yang mendebarkan dan menghiburkan antara Armada A dan Pangkalan B yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 sebelum Armada A berjaya menjuarai kejohanan menerusi sepakan penalti. Pangkalan B muncul sebagai naib juara manakala Armada B menduduki tempat ketiga. Sepanjang kejohanan, semua pasukan telah mempamerkan semangat juang yang tinggi, disiplin serta kerjasama berpasukan yang cemerlang sehingga berjaya menghidupkan suasana pertandingan yang penuh debaran dan sorakan.
Sementara itu, pertandingan tarik kalat turut memperlihatkan kekuatan fizikal, ketahanan mental dan kesepaduan pasukan yang amat memberangsangkan. Dalam kategori heavyweight, Pangkalan A berjaya muncul juara selepas menewaskan Armada A dalam perlawanan akhir yang sengit, manakala Armada B menduduki tempat ketiga. Pangkalan A turut meneruskan kecemerlangan apabila menjuarai kategori lightweight selepas menewaskan Pangkalan B.
Tetamu Kehormat seterusnya menyampaikan hadiah kepada pasukan-pasukan yang berjaya serta penerima anugerah individu termasuk pengenalan pertama anugerah ‘Golden Boot’ dan ‘Golden Glove’. Anugerah ‘Golden Boot’ telah disampaikan kepada 53146 Laskar Muda Md Adi Shukry bin Salleh, TLDB manakala anugerah ‘Golden Glove’ telah disampaikan kepada 51518 Bintara Md Hafizul Azim bin Arifin, TLDB sebagai pengiktirafan terhadap prestasi cemerlang dan komitmen mereka sepanjang kejohanan berlangsung.
Kejohanan tahunan ini bertujuan untuk mengukuhkan semangat setiakawan dan esprit de corps dalam kalangan warga TLDB di samping memupuk budaya persaingan sihat serta mengenal pasti bakat-bakat sukan untuk mewakili pasukan sukan Tentera Laut Diraja Brunei pada masa hadapan.