Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBN COURSE OPPORTUNITIES ADVANCING EXPERTISE THROUGH INTERNATIONAL PRINCIPAL WARFARE OFFICER COURSE IN THE UNITED KINGDOM

UNITED KINGDOM — Lieutenant Commander Awg Hasmalie Awg Hj Ahmad, RBN, of the Royal Brunei Navy (RBN), has successfully completedwarfightingf the prestigious International Principal Warfare Officer (PWO) Course conducted by the Royal Navy at HMS Collingwood, United Kingdom.

The course, which brought together officers from various international navies, is designed to develop advanced warfighting competencies, leadership, and decision-making skills in complex maritime operational environments. It focuses on the integration of air, surface, and subsurface warfare, preparing officers to operate effectively in high-tempo, multi-threat scenarios.

The successful completion of the PWO Course marks a significant milestone in Lieutenant Commander Awg Hasmalie’s professional development and reflects the RBN’s continued commitment to enhancing operational capability and interoperability with international partners.

The knowledge and experience gained from the course are expected to contribute towards strengthening the RBN’s warfighting readiness and operational effectiveness in safeguarding Brunei Darussalam’s maritime interests.

——

MEMPERKASAKAN KEPAKARAN MELALUI LATIHAN ANTARABANGSA: PEGAWAI TLDB MENAMATKAN KURSUS INTERNATIONAL PRINCIPAL WARFARE OFFICER DI UNITED KINGDOM

UNITED KINGDOM — Leftenan Komander Awg Hasmalie Awg Hj Ahmad, TLDB, daripada Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), telah berjaya menamatkan kursus berprestij International Principal Warfare Officer (PWO) selama 17 minggu yang dikendalikan oleh Royal Navy di HMS Collingwood, United Kingdom.

Kursus ini menghimpunkan pegawai-pegawai dari pelbagai angkatan laut antarabangsa dan bertujuan untuk memperkembangkan keupayaan peperangan maritim yang lebih maju, kepimpinan serta kemahiran membuat keputusan dalam persekitaran operasi yang kompleks. Ia memberi penekanan kepada integrasi peperangan udara, permukaan dan bawah permukaan, seterusnya mempersiapkan pegawai untuk beroperasi secara berkesan dalam situasi berintensiti tinggi dan pelbagai ancaman.

Kejayaan menamatkan kursus PWO ini merupakan satu pencapaian penting dalam pembangunan profesional Leftenan Komander Awg Hasmalie serta mencerminkan komitmen berterusan TLDB dalam meningkatkan keupayaan operasi dan kebolehoperasian bersama rakan-rakan antarabangsa.

Pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh daripada kursus ini dijangka akan menyumbang kepada pengukuhan kesiapsiagaan peperangan serta keberkesanan operasi TLDB dalam mempertahankan kepentingan maritim Negara Brunei Darussalam.