Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI ANGGOTA SEL INSPEKTORAT TLDB

​PANGKALAN TENTARA LAUT MUARA,KHAMIS, 10 JULAI 2025 – Hari ini, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi lima (5) anggota dari Sel Inspektorat TLDB yang berlangsung di Dewan Serbaguna Surau Al-Huda, Pangkalan TLDB.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Sel Inspektorat TLDB, Kepten Haji Norbahrin bin Haji Mahmud TLDB. Dalam majlis tersebut, seorang anggota telah ditetapkan ke pangkat Bintara Kanan, dua anggota dinaikkan ke pangkat Bintara Tetap, seorang anggota dinaikkan ke pangkat Pemangku Laskar Kanan, manakala seorang lagi ditetapkan ke pangkat Laskar Muda.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian tanda pangkat kepada anggota yang terlibat dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat sebagai tanda kesyukuran.
Tentera Laut Diraja Brunei mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anggota yang dinaikkan pangkat serta mendoakan mereka terus cemerlang dan berintegriti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai warga angkatan laut.