BOLKIAH GARRISON – The Royal Brunei Navy (RBN) secured Overall Third Place at the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Pencak Silat Championship 2026 held at the Bolkiah Garrison Gymnasium.
The championship featured a total of 10 matches contested across four sparring categories and brought together participants representing the services of the RBAF.
RBN delivered a commendable performance throughout the competition, securing one Silver and three Bronze medals across the contested categories. The achievement reflects the determination and fighting spirit demonstrated by RBN personnel throughout the championship.
Present to witness the final matches was Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces. Also present were members of the RBAF Executive Committee, senior officers, officers and personnel of the RBAF.
This achievement reflects the Royal Brunei Navy’s continued commitment towards developing resilient, competitive and mission-ready personnel while promoting excellence beyond operational duties.
Congratulations to all RBN participants for representing the Service with pride and professionalism.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MERAIH TEMPAT KEDUA KESELURUHAN DALAM KEJOHANAN PENCAK SILAT PERINGKAT ABDB 2026
BOLKIAH GARRISON – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah meraih Tempat Ketiga Keseluruhan dalam Kejohanan Pencak Silat Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garrison.
Kejohanan tersebut melibatkan sebanyak 10 perlawanan yang dipertandingkan merentasi empat kategori acara sparring serta menghimpunkan penyertaan daripada perkhidmatan-perkhidmatan di bawah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
TLDB telah menunjukkan prestasi yang membanggakan sepanjang kejohanan dengan meraih satu Pingat Perak dan tiga Pingat Gangsa dalam kategori yang dipertandingkan. Pencapaian ini mencerminkan semangat juang dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh anggota TLDB sepanjang kejohanan.
Hadir menyaksikan perlawanan akhir ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai serta anggota ABDB.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan TLDB dalam melahirkan anggota yang berdaya tahan, berdaya saing dan sentiasa bersedia melaksanakan tugas di samping memupuk kecemerlangan di luar bidang operasi.
Tahniah kepada semua peserta TLDB atas dedikasi dan pencapaian yang telah mengharumkan nama perkhidmatan.