MUARA, SATURDAY, 13 JUNE 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) held a Doa Kesyukuran ceremony in conjunction with its 61st Anniversary at Surau Al-Huda, Muara Naval Base.
In attendance at the ceremony was First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Commander of the RBN, together with members of the RBN Executive Board, senior officers, officers and personnel of the RBN.
The event commenced with the mass Maghrib prayer, followed by wirid recitation, solat sunat hajat, recitation of Surah Yassin, Tahlil and Doa Arwah, as well as a Doa Kesyukuran. The ceremony continued with a mass Isya prayer, followed by the recitation of the Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. The ceremony concluded with a mass recitation of selawat.
The Doa Kesyukuran ceremony serves as a reflection of gratitude for the Royal Brunei Navy’s achievements and milestones over the past 61 years, while seeking Allah Subhanahu Wa Ta’ala’s continued blessings, protection, and guidance in carrying out its duties and responsibilities in safeguarding Brunei Darussalam’s maritime interests.
———
TLDB MENGADAKAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN KE-61 TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
MUARA, SABTU, 13 JUN 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Ke-61 TLDB yang berlangsung di Surau Al-Huda, Pangkalan Muara Tentera Laut Diraja Brunei.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah TLDB, bersama Badan Eksekutif TLDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai serta anggota TLDB.
Majlis dimulakan dengan Solat Fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan wirid, Solat Sunat Hajat, bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah serta Doa Kesyukuran. Majlis diteruskan dengan Solat Fardu Isyak berjemaah, diikuti bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Majlis diakhiri dengan bacaan selawat beramai-ramai.
Majlis Doa Kesyukuran ini diadakan sebagai tanda kesyukuran atas pencapaian dan kejayaan yang telah diraih oleh TLDB sepanjang 61 tahun penubuhannya. Pada masa yang sama, majlis ini turut menjadi wadah untuk memohon keberkatan, perlindungan dan petunjuk daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar TLDB terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawabnya bagi memelihara keselamatan dan kepentingan maritim Negara Brunei Darussalam.