Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

FLEET COMMANDER DELIVERS LEADERSHIP TALK TO JUNIOR ROYAL BRUNEI NAVY OFFICERS

RBN Officers’ Mess Hall, Tuesday, 16 June 2026 – The Fleet Commander of the Royal Brunei Navy (RBN) delivered a leadership talk to the Fleet Officers from Lieutenant Junior Grades to Lieutenants of the RBN. The Fleet Commander highlighted the evolving demands of naval leadership and the importance of leading by example, supporting subordinates, and taking ownership of one’s actions. The session emphasised key leadership qualities such as accountability, integrity, responsibility, and proactive decision-making in shaping future RBN leaders.

During the talk, the Fleet Commander encouraged junior officers to embrace leadership with humility, empathy, and courage while maintaining high professional standards. He stressed the importance of engaging with personnel at all levels and challenged officers to embody the values they wish to see across the Fleet, reinforcing that the future readiness and success of the RBN depend on their leadership and commitment today.

__________

PEMERINTAH ARMADA MENYAMPAIKAN SESI DIALOG KEPEMIMPINAN KEPADA PEGAWAI MUDA TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI

Mes Pegawai TLDB, Selasa, 16 Jun 2026 – Pemerintah Armada Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyampaikan sesi dialog kepemimpinan kepada Pegawai-pegawai Armada berpangkat Leftenan Madya dan Leftenan TLDB dengan menekankan tuntutan kepemimpinan tentera laut yang semakin berkembang serta kepentingan memimpin melalui teladan, menjaga kebajikan anggota bawahan, dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap tindakan. Sesi tersebut turut menekankan nilai-nilai utama seperti akauntabiliti, integriti, tanggungjawab dan tindakan proaktif dalam membentuk pemimpin TLDB pada masa hadapan.

Dalam sesi tersebut, Pemerintah Armada menggalakkan para pegawai muda untuk mengamalkan kepimpinan yang berteraskan kerendahan hati, empati dan keberanian, di samping mengekalkan standard profesional yang tinggi. Beliau turut menegaskan kepentingan berinteraksi dengan anggota di semua peringkat serta mencabar para pegawai untuk menjadi contoh kepada nilai-nilai yang ingin diterapkan dalam Armada, sambil menekankan bahawa kesiapsiagaan dan kejayaan masa hadapan TLDB bergantung kepada kepemimpinan serta komitmen mereka pada hari ini.