Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBN HOLDS SURAH YAASIN AND TAHLIL RECITATION CEREMONY IN CONJUNCTION WITH ITS 61 YEARS ANNIVERSARY

BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 2 June 2026 – In conjunction with the Royal Brunei Navy (RBN)’s 61st Anniversary, a Yaasin and Tahlil Recitation Ceremony was held this morning at the Royal Mausoleum in remembrance of the late parents and son of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, and Al-Marhum His Royal Highness Prince Haji ‘Abdul ‘Azim.

Present at the ceremony was the Commander of the Royal Brunei Navy, Yang Mulia First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, along with members of the RBN Executive Committee, senior officers, officers, and personnel of the RBN.

Such religious events reflect Brunei’s national identity as a Malay Islamic Monarchy (MIB), where Islamic values are deeply integrated into tradition and official matters, including within the armed forces. The ceremony aims to seek blessings and protection from Allah SWT, while fostering spiritual strength, identity, and unity among the RBN personnel.

———

MAJLIS MEMBACA YAASIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TLDB KE-61 TAHUN

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 2 Jun 2026 – Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang ke 61-Tahun, TLDB telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil bagi memperingati ayahanda dan bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman serta Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim. Majlis berlangsung di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong pagi tadi.

Hadir pada majlis tersebut ialah Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Badan Eksekutif TLDB, Pegawai-pegawai Kanan, serta Pegawai-pegawai dan anggota TLDB.

Majlis keagamaan ini berkepentingan dalam mencerminkan identiti Brunei sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja (MIB), di mana nilai keagamaan sebati dengan tradisi dan urusan rasmi, termasuk dalam angkatan bersenjata.

Sempena Sambutan HUT TLDB yang ke-61 tahun, majlis ini bertujuan untuk memohon keberkatan serta keselamatan daripada Allah SWT, di samping memupuk kekuatan rohani, jati diri, dan perpaduan dalam kalangan warga TLDB.