RIMBA AIR FORCE BASE, Sunday, 31 May 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) proudly participated in the annual Grand Ceremony held in conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 65th Anniversary Celebration at Rimba Air Force Base, reaffirming its commitment towards strengthening national defence and supporting the aspirations of Brunei Darussalam.
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, graced the Grand Ceremony.
Accompanying His Majesty were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office; His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik; and His Royal Highness 920 Lieutenant Colonel (Udara) Prince ‘Abdul Mateen.
As part of the Grand Parade, involving personnel from all services of the RBAF, the Royal Brunei Navy contingent marched with discipline and precision alongside fellow services, demonstrating readiness and professionalism.
His Majesty was ushered to the Royal Dais to receive the Royal Salute before inspecting the Guard of Honour. The parade proceeded with the slow and quick march-past, followed by an Advance in Review Order. His Majesty subsequently delivered a Titah in conjunction with the RBAF 65th Anniversary Celebration, followed by three resounding chants of “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik”.
Throughout the celebration, officers and personnel of the Royal Brunei Navy were among those in attendance, reflecting solidarity and support in commemorating the collective achievements of the Royal Brunei Armed Forces over the past 65 years.
The Royal Brunei Navy further contributed to the ceremony through participation in the Special Operations Capability Demonstration conducted under the Royal Brunei Armed Forces Special Operations Command (SOCOM). Representing the maritime special operations element, the RBN Maritime Special Operations Squadron (SGKM) demonstrated operational capability, agility and teamwork alongside fellow special operations units. The demonstration marked a significant milestone in strengthening interoperability and showcasing integrated operational capability among RBAF services.
In conjunction with the celebration, the Royal Brunei Navy also participated in the Military Capability and Static Display exhibitions, where RBN platforms and operational capabilities were showcased to invited guests and members of the public, highlighting the Navy’s operational readiness and continued commitment towards protecting Brunei Darussalam’s maritime domain.
As the Royal Brunei Armed Forces marks its 65th Anniversary, the Royal Brunei Navy remains steadfast in advancing as a credible, adaptive and operationally ready maritime service in support of national aspirations and in upholding the values of Malay Islamic Monarchy (MIB), in line with Brunei Vision 2035.
Guided by this year’s celebration theme, “Together United to Achieve the Nation’s Aspirations”, the Royal Brunei Navy will continue to serve with honour, dedication and unwavering commitment towards safeguarding the nation and its maritime interests.
-------------------------------------------------
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENYERTAI UPACARA HARI KEMUNCAK SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-65
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Ahad, 31 Mei 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai Upacara Hari Kemuncak sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (HUT ABDB) Ke-65 yang berlangsung di Pangkalan Tentera Udara Rimba sebagai manifestasi komitmen berterusan dalam memperkukuhkan pertahanan negara serta mendukung aspirasi Negara Brunei Darussalam.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke upacara tersebut.
Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Paduka-Paduka Anakanda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Leftenan Kolonel (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
Sebagai sebahagian daripada Upacara Perbarisan Hari Kemuncak yang melibatkan penyertaan daripada seluruh unit ABDB, kontinjen Tentera Laut Diraja Brunei telah menyertai perbarisan raksasa bersama unit-unit ABDB lain dengan penuh disiplin, sekaligus mencerminkan tahap kesiapsiagaan, profesionalisme serta komitmen berterusan dalam melaksanakan tanggungjawab.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya dijunjung ke Pentas Diraja bagi menerima Tabik Hormat sebelum berkenan memeriksa barisan Pasukan-Pasukan Perbarisan. Upacara diteruskan dengan perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat, diikuti dengan ‘Perbarisan Mara Ke Hadapan Untuk Diperhatikan Semula’. Baginda seterusnya berkenan mengurniakan Titah sempena Sambutan HUT ABDB Ke-65 sebelum laungan “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik” bergema sebanyak tiga kali.
Sepanjang berlangsungnya sambutan tersebut, pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Brunei turut hadir sebagai tanda solidariti dalam memperingati pencapaian serta perjalanan ABDB sepanjang 65 tahun penubuhannya.
Tentera Laut Diraja Brunei turut menyumbang kepada pengisian upacara melalui penyertaan dalam Demonstrasi Keupayaan Gerak Khas yang dikendalikan di bawah Special Operations Command (SOCOM) ABDB. Mewakili elemen gerak khas maritim, Skuadron Gerak Khas Maritim (SGKM) TLDB telah memperlihatkan tahap keupayaan operasi, ketangkasan serta kerjasama yang tinggi bersama unit-unit gerak khas yang lain.
Demonstrasi tersebut turut menandakan pengukuhan interoperabiliti dan memperlihatkan keupayaan operasi bersepadu dalam unit-unit ABDB sejajar dengan usaha berterusan memperkukuhkan institusi pertahanan negara yang kredibel dan adaptif.
Bersempena sambutan tersebut juga, Tentera Laut Diraja Brunei turut mengambil bahagian dalam Pameran Keupayaan dan Pameran Statik, yang mengetengahkan platform serta keupayaan operasi TLDB kepada para jemputan dan orang ramai. Penyertaan ini memberi peluang untuk meningkatkan pemahaman mengenai peranan strategik TLDB serta usaha berterusan dalam memperkukuhkan keselamatan maritim negara.
Seiring dengan Sambutan HUT ABDB Ke-65, Tentera Laut Diraja Brunei kekal komited dalam mempertingkat pembangunan keupayaan, memperkukuhkan kecemerlangan operasi dan terus berkembang sebagai sebuah perkhidmatan maritim yang kredibel, adaptif dan sentiasa bersedia dalam mendukung aspirasi negara serta menjunjung falsafah Melayu Islam Beraja (MIB), selaras dengan Wawasan Brunei 2035.
Berteraskan tema sambutan tahun ini, “Bersama Bersatu Mencapai Aspirasi Negara,” Tentera Laut Diraja Brunei akan terus berkhidmat dengan penuh kehormatan, dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam mempertahankan kepentingan serta keselamatan maritim Negara Brunei Darussalam.