Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI NAVY HOLDS SUNAT HARI RAYA AIDILADHA PRAYER 1447H

​MUARA NAVAL BASE, THURSDAY, 28 MAY 2026 – Continuing the observance of Hari Raya Aidiladha 1447H following the Takbir Hari Raya ceremony held the previous evening, the Royal Brunei Navy (RBN) held the Solat Sunat Hari Raya Aidiladha and Khutbah Aidiladha at Surau Al-Huda, Muara Naval Base.​

Present at Surau Al-Huda was Captain Muhammad Azrin bin Haji Mahmud, RBN, Deputy Commander of the Royal Brunei Navy,  together with members of the RBN Executive Committee, senior officers, officers and personnel of the RBN.

The Khutbah Aidiladha highlighted the values of sacrifice, sincerity and obedience to Allah SWT, drawing lessons from the devotion and steadfast faith of Prophet Ibrahim AS and Prophet Ismail AS. The sermon also reminded the congregation on the importance of unity, perseverance and gratitude in carrying out responsibilities and overcoming challenges.

The observance reflected the spirit of Hari Raya Aidiladha in strengthening faith among RBN personnel while embracing the meaningful values of the blessed occasion.

───

TLDB MENGADAKAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H

PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, KHAMIS, 28 MEI 2026 – Meneruskan sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H selepas Majlis Takbir Hari Raya yang diadakan pada malam sebelumnya, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha dan Khutbah Aidiladha bertempat di Surau Al-Huda, Pangkalan Tentera Laut Muara.

Hadir ke Surau Al-Huda adalah Kepten Muhammad Azrin bin Haji Mahmud, TLDB,  Timbalan Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei bersama Ahli Badan Eksekutif TLDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai serta anggota TLDB.

Khutbah Aidiladha telah menekankan nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT dengan mengambil pengajaran daripada keteguhan iman serta pengabdian Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS. Khutbah tersebut turut mengingatkan jemaah mengenai kepentingan nilai kesabaran dan kesyukuran dalam melaksanakan tanggungjawab serta menghadapi sebarang cabaran.

Ibadah tersebut mencerminkan semangat Hari Raya Aidiladha dalam memperkukuhkan keimanan dan ukhuwah dalam kalangan warga TLDB di samping menghayati nilai-nilai murni sempena sambutan yang penuh keberkatan ini.