Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

NAVSAG PERSONNEL SUCCESSFULLY COMPLETE INTRODUCTION TO EXPLOSIVES COURSE 2026

PENANJONG GARRISON, Friday, 29 May 2026 – One officer and four personnel from the Naval Surface Action Group (NAVSAG), Royal Brunei Navy (RBN), successfully completed the Introduction to Explosives Course 2026 among 11 participants who underwent training from 18 May to 29 May 2026 at the School of Engineer, Engineer Regiment, Royal Brunei Land Force (Engr Regt RBLF).

The cohort comprised of one officer with four personnel from NAVSAG, RBN, and six personnel from the Second Squadron (Chemical, Biological, Radiological and Explosive (CBRE), Engr Regt RBLF. Conducted by the Specialist Engineer Wing, School of Engineer, Engr Regt RBLF, the two-week course was designed to provide participants with fundamental knowledge and practical understanding of military explosives, demolition safety and explosive handling procedures in preparation for further advanced training.

Throughout the course, participants were exposed to a comprehensive syllabus covering the fundamentals of explosives, characteristics of explosive materials, initiation systems, as well as practical handling procedures. Strong emphasis was placed on discipline, professionalism and strict adherence to safety protocols during both theoretical and practical training activities.

The course provided valuable exposure and hands-on experience, enabling participants to gain a deeper understanding of the operational applications and safety considerations associated with explosives and demolition-related tasks. Additionally, the programme served as an effective platform for fostering teamwork, strengthening inter-service cooperation and building professional relationships among participants.

The closing ceremony was officiated by Major Haji Abdul Rahim bin Haji Adris, Commanding Officer of Engineer Regiment, Royal Brunei Land Force. In his remarks, he emphasised the importance of maintaining high standards of professionalism, safety awareness and continuous learning in carrying out responsibilities involving military explosives.

The successful completion of the Introduction to Explosives Course 2026 reflects the Royal Brunei Navy’s continued commitment to developing technically proficient and operationally ready personnel through professional military education and joint-service training opportunities. NAVSAG also conveyed its sincere appreciation to the School of Engineer and Engineer Regiment for their dedication, professionalism and commitment in delivering a highly beneficial and meaningful training programme.

———

ANGGOTA NAVSAG TLDB BERJAYA MENAMATKAN KURSUS PENGENALAN BAHAN LETUPAN 2026

PENANJONG GARISON, Jumaat, 29 Mei 2026 – Seorang pegawai dan empat anggota daripada Grup Tindakan Permukaan Laut (GTPL), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), telah berjaya menamatkan Kursus Pengenalan Bahan Letupan 2026 bersama 11 peserta yang mengikuti latihan tersebut dari 18 Mei hingga 29 Mei 2026 di Sekolah Jurutera, Rejimen Jurutera, Tentera Darat Diraja Brunei (RJ TDDB).

Kumpulan peserta kursus tersebut terdiri daripada seorang pegawai dan empat anggota daripada GTPL, TLDB, serta enam anggota Skuadron Kedua (Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan (KBRL), RJ TDDB. Kursus selama dua minggu yang dikendalikan oleh Cawangan Jurutera Pakar, Sekolah Jurutera, RJ TDDB ini bertujuan untuk memberikan para peserta pengetahuan asas serta pemahaman praktikal mengenai bahan letupan ketenteraan, keselamatan perobohan dan prosedur pengendalian bahan letupan sebagai persediaan sebelum mengikuti latihan yang lebih lanjut.

Sepanjang kursus, para peserta telah didedahkan kepada silibus yang komprehensif meliputi asas-asas bahan letupan, ciri-ciri bahan letupan, sistem pemulaan letupan serta prosedur pengendalian secara praktikal. Penekanan turut diberikan terhadap aspek disiplin, profesionalisme dan pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan sepanjang latihan teori dan praktikal dijalankan.

Kursus ini telah memberikan pendedahan serta pengalaman amali yang bernilai kepada para peserta dalam memahami aplikasi operasi dan aspek keselamatan yang berkaitan dengan bahan letupan serta tugas-tugas perobohan. Selain itu, program ini turut menjadi platform yang berkesan dalam memupuk semangat kerja berpasukan, memperkukuhkan kerjasama antara perkhidmatan serta membina hubungan profesional dalam kalangan peserta.

Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Mejar Haji Abdul Rahim bin Haji Adris, Pegawai Pemerintah Rejimen Jurutera, Tentera Darat Diraja Brunei. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi, kesedaran terhadap keselamatan serta pembelajaran berterusan dalam melaksanakan tanggungjawab yang melibatkan bahan letupan ketenteraan.

Kejayaan menamatkan Kursus Pengenalan Bahan Letupan 2026 ini mencerminkan komitmen berterusan TLDB dalam melahirkan anggota yang berkemahiran, kompeten dan sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugas operasi. GTPL turut merakamkan penghargaan kepada Sekolah Jurutera dan Rejimen Jurutera atas dedikasi, profesionalisme serta komitmen mereka dalam menyampaikan program latihan yang bermanfaat dan bermakna.