Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI NAVY HOLDS TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA 1447H

MUARA NAVAL BASE, WEDNESDAY, 27 MAY 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) held the Takbir Hari Raya Aidiladha ceremony at Surau Al-Huda in conjunction with Hari Raya Aidiladha 1447H.


The ceremony commenced with the congregational Fardhu Isya’ prayer followed by Sunat Ba’diyyah prayer, recitation of Sayyidul Istighfar and a Tazkirah session. The event continued with the recitation of Takbir Hari Raya and Zikir Malam Hari Raya by officers and personnel of the Royal Brunei Navy.

Present at the ceremony was Captain Mohd Azrin bin Haji Mahmud, RBN, Deputy Commander of Royal Brunei Navy. Also in attendance were members of the RBN Executive Committee, senior officers, officers and personnel of the Royal Brunei Navy.

The religious gathering brought together personnel from various departments and units within the RBN in commemorating the eve of Hari Raya Aidiladha while strengthening spiritual values and unity among its personnel.

The ceremony reflects the Royal Brunei Navy’s continued commitment in fostering religious values and national events while embracing the significance and blessings of Hari Raya Aidiladha.

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN MAJLIS MALAM TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA 1447H

PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, RABU, 27 MEI 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Malam Takbir Hari Raya Aidiladha di Surau Al-Huda sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah diikuti dengan Sembahyang Sunat Ba’diyyah, bacaan Sayyidul Istighfar dan sesi Tazkirah. Majlis kemudiannya diteruskan dengan laungan Takbir Hari Raya dan Zikir Malam Hari Raya oleh pegawai-pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Brunei.

Hadir di majlis tersebut ialah Kepten Mohd Azrin bin Haji Mahmud, TLDB, Timbalan Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei. Turut hadir ialah ahli-ahli Badan Eksekutif TLDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota Tentera Laut Diraja Brunei.

Majlis tersebut menghimpunkan warga daripada pelbagai jabatan dan unit dalam TLDB bagi memperingati malam Hari Raya Aidiladha di samping mengukuhkan nilai-nilai kerohanian.

Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan Tentera Laut Diraja Brunei dalam memupuk nilai-nilai keagamaan dan menyemarakkan acara-acara kebangsaan sambil menghayati keberkatan Hari Raya Aidiladha.