BRUNEI-MUARA, Friday, 27 February 2026 – In conjunction with the Holy Month of Ramadhan 1447H, the Royal Brunei Navy (RBN) carried out three simultaneous cleaning campaigns at selected Islamic cemeteries.
Captain Sonny Iskandar bin Rasani, RBN, Fleet Commander, led the RBN Fleet Headquarters which took place at Tanah Perkuburan Islam Kampong Damuan. Whereas Support Services Headquarters at Tanah Perkuburan Islam Kampong Terunjing under the leadership of Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Commandant Support Services. Meanwhile, Naval Training Centre carried out their campaign at Tanah Perkuburan Islam Kampong Sungai Kebun, led by Commander Haji Edy Jofren PDP DP Colonel (R) Haji Abdul Jalil, RBN, Commandant Naval Training.
Senior officers, officers, RBN personnel, as well as family members of the late RBN personnels were also in attendance at the respective locations.
At all three sites, personnel began with a cemetery cleaning activity to maintain the cleanliness and sanctity of the burial grounds. The programme then continued with the recitation of Surah Yassin and Tahlil Arwah as prayers for the departed, reflecting the spiritual significance of the initiative during the blessed month of Ramadhan.
——
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MELAKSANAKAN TIGA KEMPEN KEBERSIHAN TANAH PERKUBURAN ISLAM SEMPENA RAMADHAN 1447H
BRUNEI-MUARA, Jumaat, 27 Februari 2026 – Sempena Bulan Suci Ramadhan 1447H, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah melaksanakan tiga kempen pembersihan secara serentak di beberapa tanah perkuburan Islam.
Kepten Sonny Iskandar bin Rasani, TLDB, Pemerintah Armada, mengetuai Markas Armada di Tanah Perkuburan Islam Kampong Damuan. Manakala Markas Perkhidmatan Bantu mengadakan di Tanah Perkuburan Islam Kampong Terunjing di bawah pimpinan Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Komandan Perkhidmatan Bantu. Sementara itu, Pusat Latihan Tentera Laut telah mengendalikan kempen di Tanah Perkuburan Islam Kampong Sungai Kebun yang diketuai oleh Komander Haji Edy Jofren PDP DP Kolonel (B) Haji Abdul Jalil, TLDB, Komandan Latihan Laut.
Turut hadir di ketiga-tiga lokasi ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota TLDB serta ahli keluarga kepada anggota TLDB yang telah kembali ke rahmatullah.
Di setiap lokasi, aktiviti dimulakan dengan kerja-kerja pembersihan bagi memastikan kebersihan dan kesucian kawasan perkuburan sentiasa terpelihara. Program kemudiannya diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil Arwah sebagai doa dan ingatan kepada mereka yang telah mendahului kita, selaras dengan keberkatan bulan Ramadhan.