MUARA NAVAL BASE, WEDNESDAY, 15 APRIL 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) conducted a Mental Health Awareness and Workplace Wellbeing Briefing delivered by the Health Promotion Centre, Ministry of Health, held at Dewan Samudera, Royal Brunei Navy.
The event was graced by the Guest of Honour, Captain Sonny Iskandar bin Rasani, Fleet Commander of the Royal Brunei Navy. Also in attendance were members of the RBN Executive Committee, senior officers, officers, and personnel of the Royal Brunei Navy.
The briefing provided valuable insights on mental health awareness, stress management, and the importance of maintaining overall wellbeing in the workplace. It aimed to equip personnel with practical knowledge and strategies to better manage daily challenges, while fostering a supportive and resilient working environment.
The programme concluded with a presentation of a token of appreciation to the representative from the Health Promotion Centre, Yang Mulia Siti Nadzirah Haji Abdullah, followed by a light refreshment session.
This initiative reflects RBN’s continued support towards mental health awareness and wellbeing as key elements of operational readiness and organisational effectiveness. It also reinforces the importance of building a resilient, professional, and people-centric force capable of meeting evolving challenges.
MEMANTAPKAN KESEJAHTERAAN MENTAL BAGI KESIAPSIAGAAN OPERASI TLDB
PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, RABU, 15 APRIL 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Taklimat Kesedaran Kesihatan Mental serta Kesejahteraan di Tempat Kerja yang disampaikan oleh Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan, bertempat di Dewan Samudera, TLDB.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Tetamu Kehormat, Kepten Sonny Iskandar bin Rasani, Pemerintah Armada Tentera Laut Diraja Brunei. Turut hadir ialah Ahli Badan Eksekutif TLDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai serta anggota TLDB.
Taklimat ini memberikan pendedahan mengenai kesedaran kesihatan mental, pengurusan tekanan serta kepentingan mengekalkan kesejahteraan di tempat kerja. Ia bertujuan untuk melengkapkan warga TLDB dengan pengetahuan dan pendekatan praktikal dalam menghadapi cabaran harian, di samping memupuk persekitaran kerja yang lebih positif.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada wakil Pusat Promosi Kesihatan, Yang Mulia Siti Nadzirah binti Abdullah, diikuti dengan jamuan ringan.
Inisiatif ini mencerminkan sokongan berterusan TLDB terhadap kesedaran kesihatan mental dan kesejahteraan sebagai elemen penting dalam kesiapsiagaan operasi dan keberkesanan organisasi. Ia juga memperkukuhkan usaha ke arah membina anggota yang profesional, berdaya tahan serta berteraskan warga dalam menghadapi cabaran semasa.




