MUARA, TUESDAY, 31 MARCH 2026 – Continuing the Royal Brunei Navy (RBN) Diamond Jubilee commemorations, a Blood Donation Campaign was held today at the RBN Warrant Officers’ Mess.
The campaign was attended by RBN officers and personnel, with a total of 84 pints of blood successfully donated. The encouraging response reflects the strong sense of awareness among RBN personnel on the importance of blood donation.
The initiative aimed to support the national blood bank while raising awareness on the importance of blood donation as a social responsibility.
Adding to the atmosphere of the event, several local food vendors also participated throughout the campaign. Their presence not only attracted more donors but also supported local small businesses, reflecting RBN’s continued efforts to strengthen community ties and foster a spirit of volunteerism among its personnel.
The campaign also reflects RBN’s continued commitment to contributing to the community and fostering a culture of volunteerism among its personnel.
WARGA TLDB MENERUSKAN SAMBUTAN JUBLI INTAN DENGAN SUMBANGAN 84 PAIN DARAH
___________
MUARA, SELASA, 31 MAC 2026 – Meneruskan sambutan Ulang Tahun Jubli Intan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), satu Kempen Derma Darah telah diadakan pada 31 Mac 2026 bertempat di Mes Pegawai Waran TLDB.
Kempen tersebut telah disertai oleh pegawai dan anggota TLDB, dengan sejumlah 84 pain darah berjaya didermakan. Sambutan yang menggalakkan ini mencerminkan tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan warga TLDB mengenai kepentingan pendermaan darah.
Inisiatif ini bertujuan untuk menyokong bekalan bank darah negara di samping meningkatkan kesedaran tentang pendermaan darah sebagai satu tanggungjawab sosial.
Bagi memeriahkan suasana, beberapa peniaga makanan tempatan turut serta sepanjang kempen dijalankan. Penglibatan mereka bukan sahaja menarik lebih ramai penderma, malah turut menyokong perniagaan kecil tempatan — mencerminkan usaha berterusan TLDB dalam mempererat hubungan dengan masyarakat serta memupuk semangat keprihatinan dan kesukarelawanan dalam kalangan warganya.
Penganjuran kempen ini juga mencerminkan komitmen berterusan TLDB dalam menyumbang kepada masyarakat serta memupuk budaya kesukarelawanan dalam kalangan warganya.