Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SETTING THE STAGE FOR THE 10TH ITERATION: BRUNEI–PHILIPPINES ADVANCE MARITIME TRAINING ACTIVITY (MTA) SEAGULL 10/26 THROUGH INITIAL PLANNING CONFERENCE

MUARA NAVAL BASE, WEDNESDAY, 8 APRIL 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) and the Philippine Navy (PN) successfully conducted the Initial Planning Conference (IPC) for Maritime Training Activity (MTA) SEAGULL 10/26 at the Officers’ Mess, Royal Brunei Navy, marking the commencement of preparations for the 10th iteration of the bilateral exercise.

The conference was co-chaired by Cdr Ade Roddiane bin Haji Mohd. Rosdi, Deputy Fleet Commander, RBN, and Capt Marissa Arlene A. Martinez, Director, Fleet Marine Warfare Center, PN.

Discussions focused on comprehensive planning of the exercise concept, objectives, and framework for the upcoming bilateral exercise, particularly on administrative matters and the conduct of exercise serials. The meeting aimed to enhance cooperation, reinforce mutual commitment, and identify opportunities to strengthen interoperability and professionalism between both navies.

MTA SEAGULL 10/26 is scheduled to be hosted by the Philippine Navy in Zamboanga City from 14 to 17 September 2026. The exercise will include both harbour and sea phases, featuring activities such as maritime interdiction operations, live firing, maritime domain awareness (MDA), and combined command and control training.

The meeting concluded with the signing of the Minutes of Meeting (MoM) by both co-chairs, reaffirming the commitment of RBN and PN to continue coordination towards the Final Planning Conference (FPC) and the execution of the Field Training Exercise (FTX).

MEMULAKAN PERSIAPAN BAGI ITERASI KE-10: BRUNEI–FILIPINA PERKUKUH MTA SEAGULL 10/26 MELALUI MESYUARAT PERANCANGAN AWAL

PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, RABU, 8 APRIL 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Filipina (Philippine Navy, PN) telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Perancangan Awal (Initial Planning Conference, IPC) bagi Maritime Training Activity (MTA) SEAGULL 10/26 di Mess Pegawai, Tentera Laut Diraja Brunei, menandakan permulaan persiapan bagi iterasi ke-10 latihan dua hala tersebut.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Komander Ade Roddiane bin Haji Mohd. Rosdi, Timbalan Pemerintah Armada TLDB, dan Kapten Marissa Arlene A. Martinez, Pengarah Fleet Marine Warfare Center, PN.

Perbincangan tertumpu kepada perancangan menyeluruh merangkumi konsep latihan, objektif serta kerangka pelaksanaan latihan dua hala yang akan datang, khususnya dari aspek pentadbiran dan pelaksanaan siri latihan. Mesyuarat ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama, komitmen bersama serta mengenal pasti peluang bagi meningkatkan interoperabiliti dan profesionalisme antara kedua-dua angkatan laut.

MTA SEAGULL 10/26 dijadualkan akan dianjurkan oleh Tentera Laut Filipina di Zamboanga City dari 14 hingga 17 September 2026. Latihan ini akan merangkumi fasa pelabuhan dan laut, melibatkan aktiviti seperti operasi pemintasan maritim, tembakan langsung, kesedaran domain maritim (Maritime Domain Awareness, MDA), serta latihan gabungan pemerintahan dan kawalan.

Mesyuarat diakhiri dengan penandatanganan Minit Mesyuarat oleh kedua-dua pengerusi bersama, yang menzahirkan komitmen berterusan TLDB dan PN ke arah penyelarasan bagi Mesyuarat Perancangan Akhir (Final Planning Conference, FPC) serta pelaksanaan Latihan Medan (Field Training Exercise, FTX).