MUARA, FRIDAY, 30 JANUARY 2026 – The Naval Training Centre (NTC) held a handover ceremony today between the outgoing Commandant Naval Training, Captain Mohammad Faizal Ezam bin Haji Abas, RBN, and the incoming Commandant Naval Training, Commander Hj Edy Jofren bin PDP Dato Paduka Hj Abd Jalil, RBN, at the NTC Grand Entrance.
The event was attended by the Deputy Commandant Naval Training, Senior Officers, Officers, RBN personnel, and instructors, alongside the Head of Training and Level 1 Instructors from Brunei Engineering Logistic Training Solutions (BELTS). The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, led by Chief Petty Officer Md Aizuddin bin Hj Sani, followed by the signing of the Handing Over Certificate and the symbolic presentation of the “Tongkat Kepimpinan Komandan Latihan Laut,” marking the official transition of leadership.
In his inaugural address as the 5th Commandant, Commander Hj Edy Jofren expressed profound honour in his appointment, pledging to lead with integrity and a dedicated sense of purpose. He emphasised that training is the backbone of naval strength, essential for building operational resilience in an increasingly complex maritime landscape. To translate this vision into tangible results, he introduced a comprehensive strategic roadmap anchored by three transformative pillars: To Train, by elevating professional standards and localising expertise to develop a self-reliant force; To Innovate, by modernising the curriculum through cutting-edge technology and digital integration; and To Connect and Collaborate, by strengthening defence diplomacy and global partnerships to ensure regional maritime stability.
The ceremony concluded with a group photo and refreshments at the NTC lounge, followed by a closing Doa.
———
PUSAT LATIHAN TENTERA LAUT MENGADAKAN MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KEPADA KOMANDAN LATIHAN LAUT KE-5
MUARA, JUMAAT, 30 JANUARI 2026 – Pusat Latihan Tentera Laut (PLTL) hari ini telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas antara Komandan Latihan Laut yang menyerahkan jawatan, Kapten Mohammad Faizal Ezam bin Haji Abas, TLDB, dan Komandan Latihan Laut yang menerima jawatan, Komander Hj Edy Jofren bin PDP Dato Paduka Hj Abd Jalil, TLDB, bertempat di Pintu Masuk Utama PLTL.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Komandan Latihan Laut, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai, anggota Tentera Laut Diraja Brunei serta para jurulatih, di samping Ketua Latihan dan Jurulatih Tahap 1 dari Brunei Engineering Logistic Training Solutions (BELTS). Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh CPO Md Aizuddin bin Hj Sani, diikuti dengan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas dan penyampaian simbolik Tongkat Kepimpinan Komandan Latihan Laut sebagai tanda rasmi peralihan kepimpinan.
Dalam ucapan sulungnya sebagai Komandan yang kelima, Komander Hj Edy Jofren menzahirkan rasa amat berbesar hati atas pelantikan tersebut serta berikrar untuk memimpin dengan penuh integriti dan komitmen yang tinggi. Beliau menegaskan bahawa latihan merupakan tunjang kekuatan angkatan laut, yang amat penting dalam membina ketahanan operasi dalam persekitaran maritim yang semakin kompleks. Bagi merealisasikan visi tersebut, beliau telah memperkenalkan satu pelan hala tuju strategik yang menyeluruh berteraskan tiga tonggak utama, iaitu Melatih, dengan meningkatkan standard profesional serta memantapkan kepakaran tempatan bagi melahirkan pasukan yang berdikari; Berinovasi, melalui pemodenan kurikulum dengan penerapan teknologi terkini dan integrasi digital; serta Menghubung dan Bekerjasama, dengan memperkukuhkan diplomasi pertahanan dan kerjasama global demi menjamin kestabilan maritim serantau.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai serta jamuan ringan di ruang rehat PLTL, sebelum ditutup dengan bacaan Doa.