REPUBLIC OF SINGAPORE, 12 MAY 2026 – Two officers from the Royal Brunei Navy (RBN), Lieutenant Ade Hiraizat bin Awang Mohd Ade Hirny, RBN and Lieutenant Wan Izz Zafir Alawi Bin Mohd Kasim, RBN, participated in the regional engagement programme hosted by the United States Coast Guard Cutter (USCGC) MIDGETT from 12 May to 16 May 2026 in the Republic of Singapore.
The programme brought together naval and maritime officers from regional member nations including Brunei Darussalam, Cambodia, Republic of Korea, Malaysia, Indonesia, Republic of the Philippines, Republic of Singapore, Thailand, Japan and Vietnam, strengthening professional ties and regional maritime cooperation.
Throughout the engagement, participants were exposed to operational practices such as Visit, Board, Search and Seizure (VBSS) procedures and the employment of Unmanned Aerial Vehicle (UAV) capabilities in supporting maritime security operations. The programme also included sporting activities, cultural exchanges and professional interactions to foster camaraderie and mutual understanding among participating nations.
The participation of Royal Brunei Navy officers reflects Brunei Darussalam’s continued commitment towards strengthening regional maritime cooperation, enhancing interoperability and building enduring professional relationships with international partners in support of a safe, secure and stable maritime environment.
PEGAWAI TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENYERTAI PROGRAM PENGLIBATAN MARITIM SERANTAU
REPUBLIK SINGAPURA, 12 MEI 2026 – Dua pegawai Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Leftenan Ade Hiraizat bin Awang Mohd Ade Hirny, TLDB dan Leftenan Wan Izz Zafir Alawi bin Mohd Kasim, TLDB, telah menyertai program penglibatan serantau yang dikendalikan oleh United States Coast Guard Cutter (USCGC) MIDGETT dari 12 Mei hingga 16 Mei 2026 di Republik Singapura.
Program tersebut menghimpunkan pegawai tentera laut dan maritim daripada negara-negara anggota serantau termasuk Brunei Darussalam, Kemboja, Republik Korea, Malaysia, Indonesia, Republik Filipina, Republik Singapura, Thailand, Jepun dan Vietnam dalam usaha memperkukuhkan hubungan profesional serta kerjasama maritim serantau.
Sepanjang program tersebut, para peserta telah didedahkan kepada prosedur Visit, Board, Search and Seizure (VBSS) serta penggunaan keupayaan Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) dalam menyokong operasi keselamatan maritim. Program ini turut merangkumi aktiviti sukan, pertukaran budaya dan interaksi profesional bagi memupuk semangat setiakawan serta persefahaman antara negara peserta.
Penyertaan pegawai Tentera Laut Diraja Brunei mencerminkan komitmen berterusan Negara Brunei Darussalam dalam memperkukuhkan kerjasama maritim serantau, meningkatkan interoperabiliti serta membina hubungan profesional yang berkekalan bersama rakan antarabangsa demi menyokong persekitaran maritim yang selamat, terjamin dan stabil.