Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

CONTINUING TO INSPIRE YOUNG MINDS: DES SCHOOL RETURNS TO VISIT THE ROYAL BRUNEI NAVY

MUARA NAVAL BASE, Wednesday, 20 May 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) was pleased to once again welcome students, teachers, and parents from DES School during an educational visit to Muara Naval Base as part of the RBN’s ongoing community engagement and educational outreach initiatives.

The visit, which is part of the RBN’s continued efforts to expose younger generations to the naval profession and maritime security, was conducted in two sessions involving a total of 130 participants. The morning session involved 79 participants comprising 62 students, 6 teachers, and 5 parents/guardians, while the afternoon session involved 51 participants comprising 40 students, 4 teachers, and 7 parents/guardians.

Throughout the visit, participants were introduced to the role and responsibilities of the Royal Brunei Navy in safeguarding Brunei Darussalam’s maritime interests. Students also had the opportunity to gain a closer look at naval assets, learn about life in the Navy, and interact directly with RBN personnel in a fun and engaging environment.

The Royal Brunei Navy always welcomes opportunities to host educational visits such as these, which not only strengthen ties with the community but also inspire curiosity, learning, and interest among the younger generation towards maritime awareness and the nation’s defence services.

TERUS MEMBERI INSPIRASI KEPADA GENERASI MUDA: DES SCHOOL KEMBALI MELAWAT TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI

PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, Rabu, 20 Mei 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) sekali lagi berbesar hati menerima kunjungan para pelajar, guru-guru dan ibu bapa dari DES School dalam lawatan pendidikan ke Pangkalan Tentera Laut Muara sebagai sebahagian daripada usaha berterusan TLDB dalam mendekati masyarakat dan melaksanakan program pendidikan serta kesedaran maritim.

Lawatan tersebut, yang merupakan sebahagian daripada usaha TLDB untuk memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai profesion ketenteraan laut dan kepentingan keselamatan maritim, telah dijalankan dalam dua sesi melibatkan seramai 130 peserta. Sesi pagi melibatkan 79 peserta terdiri daripada 62 pelajar, 6 guru dan 5 ibu bapa/penjaga, manakala sesi petang melibatkan 51 peserta terdiri daripada 40 pelajar, 4 guru dan 7 ibu bapa/penjaga.

Sepanjang lawatan, para peserta diperkenalkan kepada peranan dan tanggungjawab Tentera Laut Diraja Brunei dalam menjaga kepentingan maritim Negara Brunei Darussalam. Para pelajar juga berpeluang melihat aset-aset TLDB, mempelajari kehidupan sebagai anggota tentera laut serta berinteraksi secara langsung bersama warga TLDB dalam suasana yang menyeronokkan dan interaktif.

Tentera Laut Diraja Brunei sentiasa mengalu-alukan lawatan seperti ini bagi mengeratkan hubungan bersama masyarakat dan turut memupuk minat, rasa ingin tahu dan kesedaran generasi muda terhadap bidang maritim serta perkhidmatan pertahanan negara.