Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI NAVY FLEET PARADE SETS THE STANDARD FOR DISCIPLINE AND BEARING

MUARA, WEDNESDAY, 28 JANUARY 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) Fleet conducted its first Fleet Parade of the year, bringing together fleet personnel as part of its continued commitment to upholding discipline, professional bearing, and high service standards across the force.

The Fleet Parade saw contingents of RBN personnel assembled and inspected by the Fleet Commander alongside Senior Fleet Officers. The inspection focused on uniform standards, turnout, bearing, and overall discipline, serving as a visible demonstration of the Navy’s emphasis on professionalism and pride in service as the foundation of operational effectiveness.

The parade was led by Lieutenant Mohammad Syafi’e bin Othman, RBN. The ceremony was followed by an address from Captain Sonny Iskandar bin Rasani, Fleet Commander of the Royal Brunei Navy, who highlighted the importance of discipline and bearing not only during ceremonial occasions, but as daily values that shape the Fleet’s readiness, cohesion, and performance. He also underscored the significance of upcoming exercises, calling on all personnel to demonstrate full commitment, professionalism, and teamwork in their execution.

In his remarks, Captain Sonny Iskandar emphasised that discipline and bearing are central to building trust, strengthening unity, and sustaining operational excellence. He further conveyed his best wishes to all fleet personnel for a productive and successful year ahead, expressing confidence in the Fleet’s continued dedication to maintaining the standards expected of a professional naval force.

The Fleet Parade continues to serve as an important platform for fostering a culture of accountability, and ensuring Royal Brunei Navy personnel consistently set and uphold the standard of discipline and bearing befitting the Royal Brunei Armed Forces.

PERBARISAN ARMADA TLDB MENETAPKAN PIAWAIAN DISIPLIN DAN SIKAP KETENTERAAN

MUARA, RABU, 28 JANUARI 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah melaksanakan Perbarisan Armada pertama bagi tahun ini, melibatkan anggota armada sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan TLDB dalam mengekalkan disiplin, sikap ketenteraan yang profesional serta piawaian perkhidmatan yang tinggi dalam angkatan.

Perbarisan Armada ini menyaksikan kontinjen-kontinjen anggota Armada TLDB yang telah diperiksa oleh Pemerintah Armada bersama Pegawai Kanan Armada TLDB. Pemeriksaan Perbarisan tersebut memberi tumpuan kepada piawaian pakaian seragam, penampilan diri, sikap ketenteraan serta tahap disiplin keseluruhan, sekali gus mencerminkan penekanan TLDB terhadap profesionalisme dan kebanggaan dalam perkhidmatan sebagai asas kepada keberkesanan semasa operasi.

Perbarisan ini diketuai oleh Leftenan Mohammad Syafi’e bin Othman, TLDB. Upacara seterusnya adalah ucapan oleh Kepten Sonny Iskandar bin Rasani, Pemerintah Armada Tentera Laut Diraja Brunei, yang dimana beliau menegaskan bahawa disiplin dan sikap ketenteraan bukan sahaja dizahirkan semasa perbarisan, malah merupakan nilai harian yang membentuk kesiapsiagaan, perpaduan serta prestasi Armada TLDB. Beliau turut menekankan kepentingan latihan-latihan akan datang dan menyeru seluruh anggota untuk memberikan komitmen sepenuhnya dengan tahap profesionalisme dan kerjasama yang tinggi.

Dalam ucapannya, Kepten Sonny Iskandar turut menyatakan bahawa disiplin dan sikap ketenteraan adalah teras kepada pembinaan kepercayaan, pengukuhan semangat berpasukan serta pemeliharaan kecemerlangan operasi. Beliau juga menyampaikan ucapan selamat maju jaya serta harapan agar seluruh warga armada terus cemerlang dan berjaya sepanjang tahun ini.

Perbarisan Armada ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan budaya akauntabiliti serta memastikan anggota Tentera Laut Diraja Brunei terus menetapkan dan mengekalkan piawaian disiplin serta sikap ketenteraan yang mencerminkan profesionalisme selaras dengan taraf yang diperlukan oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.​