Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBN HELD TWO PROMOTION CEREMONIES FOR BASE DEPARTMENT AND RBN HEADQUARTERS PERSONNEL

MUARA, Thursday, 29 January 2026 - Two promotion ceremonies were held today in recognition of the dedication and service of personnel from the Base Department and the Royal Brunei Navy (RBN) Headquarters, during which a total of twenty-four (24) personnel were promoted.

The first ceremony was held at the Base Department Building and involved personnel from the Base Department. The ceremony was officiated by Captain Mohammad Azrin bin Haji Mahmud, RBN, Deputy Commander RBN, as the Guest of Honour. A total of twelve (12) personnel were promoted, comprising four (4) Chief Petty Officers, one (1) Petty Officer, one (1) Leading Hand, and six (6) Able Rates.

The second ceremony took place at Bilik Pahlawan, RBN Headquarters, for personnel serving at RBN Headquarters. The ceremony was officiated by Captain Faizal Ezam bin Haji Abas, RBN, Chief of Staff RBN, as the Guest of Honour. In this ceremony, twelve (12) personnel received their promotions, with two (2) promoted to Chief Petty Officer, seven (7) to Leading Hand, and three (3) to Able Rate.

Both ceremonies commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah to bless the event. The events were attended by Senior Officers, Officers, fellow personnel, as well as family members of the promoted personnel.

The Royal Brunei Navy extends its heartfelt congratulations to all promoted personnel and wishes them continued success, dedication, and excellence in their future service to the nation and organization. 

———

TLDB MENGADAKAN DUA MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI ANGGOTA JABATAN PANGKALAN DAN MARKAS TLDB

MUARA, Khamis, 29 Januari 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan dua majlis kenaikan pangkat bagi menghargai dedikasi serta perkhidmatan anggota daripada Jabatan Pangkalan dan Markas TLDB, yang menyaksikan seramai dua puluh empat (24) orang anggota telah dinaikkan pangkat.

Majlis pertama telah berlangsung di Bangunan Jabatan Pangkalan dan melibatkan anggota Jabatan Pangkalan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Kepten Mohammad Azrin bin Haji Mahmud, TLDB, Timbalan Pemerintah TLDB, selaku Tetamu Kehormat. Seramai dua belas (12) anggota telah dinaikkan pangkat, terdiri daripada empat (4) orang Bintara Kanan, seorang (1) Bintara, seorang (1) Laskar Kanan dan enam (6) orang Laskar Muda.

Majlis kedua pula telah diadakan di Bilik Pahlawan, Markas TLDB, dan melibatkan anggota yang berkhidmat di Markas TLDB. Majlis ini telah disempurnakan oleh Kepten Faizal Ezam bin Haji Abas, TLDB, Ketua Staf TLDB, selaku Tetamu Kehormat. Dalam majlis tersebut, seramai dua belas (12) orang anggota telah menerima kenaikan pangkat, iaitu dua (2) orang ke pangkat Bintara Kanan, tujuh (7) orang ke pangkat Laskar Kanan dan tiga (3) orang ke pangkat Laskar Muda.

Kedua-dua majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah bagi memberkati majlis dan turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai, anggota-anggota TLDB serta ahli keluarga anggota yang dinaikkan pangkat.

Tentera Laut Diraja Brunei merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua anggota yang telah dinaikkan pangkat dan mendoakan agar mereka terus cemerlang, berdedikasi serta komited dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab demi negara dan perkhidmatan.