BRUNEI-MUARA, SUNDAY, 25 JANUARY 2026 - The Wives’ Welfare Body (BAKTI) of the Royal Brunei Navy visited four members over the weekend who recently welcomed their firstborn baby, as part of its ongoing efforts to strengthen family ties and foster appreciation within the RBN community. The visit was led by Mrs Haniwati binti Hj Bakar, wife of the Commander of the RBN, and was accompanied by other BAKTI members.
The visit served as a meaningful occasion to commemorate the milestone, support new mothers, and uphold the welfare and morale of RBN personnel.
This initiative reaffirms BAKTI’s commitment to strengthening community unity and acknowledges the indispensable role of families in supporting the duties and responsibilities of RBN officers.
------
MERAIKAN PERMULAAN BAHARU: BAKTI TLDB MENGADAKAN LAWATAN KE ATAS AHLI YANG MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK SULUNG
BRUNEI-MUARA, AHAD, 25 JANUARI 2026 - Badan Kebajikan Isteri-Isteri (BAKTI) Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan lawatan ke atas empat (4) orang ahlinya hujung minggu lalu, yang baru sahaja menyambut kelahiran anak sulung masing-masing. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan BAKTI dalam memperkukuhkan hubungan kekeluargaan serta memupuk rasa penghargaan dalam kalangan komuniti TLDB. Lawatan berkenaan telah diketuai oleh Puan Haniwati binti Hj Bakar, isteri kepada Pemerintah TLDB, dan disertai oleh ahli-ahli BAKTI yang lain.
Lawatan tersebut menjadi detik bermakna bagi meraikan detik penting kehidupan berkeluarga, memberikan sokongan kepada para ibu baharu, serta memelihara kebajikan dan semangat anggota TLDB.
Inisiatif ini sekaligus menzahirkan komitmen berterusan BAKTI dalam memperkukuh perpaduan komuniti serta mengiktiraf peranan penting keluarga sebagai tunjang sokongan kepada pelaksanaan tugas dan tanggungjawab pegawai TLDB.