Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI NAVY HELD ISRA’ AND MI’RAJ 1447H EVENT

MUARA, Friday, 23 January 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) held an Isra’ and Mi’raj 1447 Hijrah event at Surau Al-Huda today. The event was attended by Yang Mulia Kepten Mohammad Azrin bin Haji Mahmud, RBN, Deputy Commander of the Royal Brunei Navy, as well as senior officers, officers, and personnel of the Royal Brunei Navy.

Held under the theme “Sembahyang Teras Modal Insan Cemerlang”, in line with the national theme of the Isra’ and Mi’raj celebration this year, the programme commenced with the performance of the Fardhu Subuh prayer in congregation, followed by a religious talk delivered by Ustaz Pg Fakhrul Syakirin bin Pg Hj Zainuddin, Religious Officer from the Religious Directorate of the Royal Brunei Armed Forces (JAMA’AT).

The event was also conducted simultaneously at all suraus under the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces, including Masjid Pulau Baru-Baru.

The organisation of this event aimed to commemorate the significant Isra’ and Mi’raj journey of Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, particularly in reinforcing the importance of establishing the five daily obligatory prayers. The programme also served as a platform to strengthen spiritual awareness, cultivate discipline, and enhance moral values among RBN personnel, contributing towards the development of holistic, resilient, and professionally grounded human capital in support of the Navy’s operational readiness.

____________________

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENYAMBUT MAJLIS ISRA’ DAN MI’RAJ 1447H

MUARA, Jumaat, 23 Januari 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj 1447 Hijrah bertempat di Surau Al-Huda pada hari ini. Majlis tersebut dihadiri oleh Yang Mulia Kepten Mohammad Azrin bin Haji Mahmud, TLDB, Timbalan Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, serta pegawai kanan, pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Brunei.

Majlis yang disambut dengan tema “Sembahyang Teras Modal Insan Cemerlang”, selaras dengan tema kebangsaan sambutan Isra’ dan Mi’raj pada tahun ini, dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Subuh berjemaah, diikuti dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Pg Fakhrul Syakirin bin Pg Hj Zainuddin, Pegawai Agama dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT).

Majlis ini turut diadakan secara serentak di semua surau di bawah Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk memperingati peristiwa agung Isra’ dan Mi’raj Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, khususnya dalam memperkukuhkan kefahaman serta penghayatan terhadap kewajipan menunaikan solat fardhu lima waktu. 

Selain itu, majlis ini juga berperanan sebagai medium untuk memperkukuhkan keimanan, membentuk disiplin diri, serta melahirkan modal insan TLDB yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan intelektual, selaras dengan nilai teras profesionalisme dan kesiapsiagaan operasi TLDB.