Rimba Air Force Base, Friday, 23 January 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) recorded commendable achievements in both swimming and water polo events during the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Swimming and Water Polo Championship 2026, held from 20 to 23 January 2026 at the Sports Complex, Rimba Air Force Base.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces. Also present were Members of the RBAF Executive Committee, Senior Officers, Officers and personnel of the Royal Brunei Armed Forces.
The Royal Brunei Navy participated actively throughout the competition, demonstrating competitive resilience. A total of eleven (11) swimming competitions were contested during the championship, comprising two main categories. The swimming categories included Individual and Group events, which tested RBN's participants in terms of speed, endurance and teamwork.
In the Swimming Championship, the Royal Brunei Navy swimming team secured second place overall, after collecting a total of five (5) Gold medals, three (3) Silver medals and two (2) Bronze medals. This achievement reflects the Navy’s efforts on physical readiness and training.
Meanwhile, in the Water Polo Championship, the Royal Brunei Navy team advanced to the final match and finished as runner-up overall after facing the Joint Force Headquarters (JFHQ) RBAF team in the final. The closely contested match highlighted the high level of teamwork, endurance and competitive spirit displayed by the Navy’s water polo team throughout the tournament.
The Royal Brunei Navy’s achievements in both swimming and water polo underscore its commitment to developing well-rounded personnel who are physically robust and capable of performing under competitive conditions, in line with the Royal Brunei Armed Forces’ pursuit of operational readiness and excellence.
------------
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI RAIH TEMPAT KEDUA KESELURUHAN DALAM KEJOHANAN RENANG DAN POLO AIR PERINGKAT ABDB 2026
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 23 Januari 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mencatat pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Renang dan Polo Air peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Tahun 2026 yang berlangsung dari 20 hingga 23 Januari 2026 bertempat di Kompleks Sukan, Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir adalah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Sebanyak sebelas (11) pertandingan renang telah dipertandingkan sepanjang kejohanan ini yang merangkumi dua kategori utama. Kategori renang yang dipertandingkan ialah Renang Perseorangan dan Renang Berkumpulan, yang menguji kepantasan, ketahanan serta kerjasama berpasukan para peserta anggota TLDB.
Dalam Kejohanan Renang, pasukan TLDB berjaya meraih tempat kedua keseluruhan setelah memperolehi sebanyak lima (5) pingat Emas, tiga (3) pingat Perak dan dua (2) pingat Gangsa, sekali gus mencerminkan tahap kesiapsiagaan fizikal serta komitmen berterusan TLDB dalam usaha untuk meraih kejuaraan.
Bagi acara Polo Air pula, pasukan TLDB telah mempamerkan semangat juang dan kerjasama berpasukan yang tinggi apabila mara ke perlawanan akhir sebelum tewas kepada pasukan Markas Angkatan Bersama (MAB ABDB), seterusnya menduduki tempat kedua keseluruhan dalam kejohanan tersebut.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan Tentera Laut Diraja Brunei dalam melahirkan anggota yang seimbang dari segi fizikal dan mental, sejajar dengan aspirasi ABDB untuk membentuk pasukan yang berdaya tahan, berdisiplin dan berprestasi tinggi.