MUARA, THURSDAY, 22 JANUARY 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) continued its cleaning campaign efforts as part of the Royal Brunei Navy Diamond Jubilee celebrations, reaffirming its commitment to community outreach and social responsibility.
The campaign involved cleaning activities at two cemetery locations, namely Tanah Perkuburan Telanai B and Tanah Perkuburan Pangkalan Jalur, Kampung Lubuk Pulau, Tutong. The activities were carried out by officers and personnel from the Naval Training Centre (NTC) RBN and Support Service Headquarters RBN respectively.
The cleaning activity at Tanah Perkuburan Telanai B, conducted by officers and personnel of the Naval Training Centre, was graced by Commander Norharirayati binti Yakub @ Norshawalliah, RBN, Deputy Commandant Naval Training, Royal Brunei Navy, as the Guest of Honour.
Meanwhile, personnel from Support Service Headquarters RBN carried out cleaning works at Tanah Perkuburan Pangkalan Jalur, Kampung Lubuk Pulau, Tutong, with the presence of Commander Mohd Khairul Anuar bin Abdullah, RBN, Head of Naval System, Royal Brunei Navy, as the Guest of Honour.
The campaign reflects the Royal Brunei Navy’s continued efforts to engage with the community and foster the spirit of volunteerism among its personnel, in line with the values upheld through the RBN Diamond Jubilee celebrations.
---------
TLDB MENERUSKAN USAHA KEMPEN KEBERSIHAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
MUARA, KHAMIS, 22 JANUARI 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah meneruskan Kempen Kebersihan sebagai sebahagian daripada sambutan Jubli Intan Tentera Laut Diraja Brunei, selaras dengan usaha khidmat masyarakat dan tanggungjawab sosial.
Kempen tersebut melibatkan aktiviti pembersihan di dua lokasi tanah perkuburan iaitu Tanah Perkuburan Telanai B dan Tanah Perkuburan Pangkalan Jalur, Kampung Lubuk Pulau, Tutong. Aktiviti ini telah dilaksanakan oleh pegawai dan anggota dari Pusat Latihan Tentera Laut (PLTL) TLDB dan Markas Perkhidmatan Bantu TLDB.
Aktiviti kempen kebersihan di Tanah Perkuburan Telanai B yang dikendalikan oleh Pusat Latihan Tentera Laut telah disempurnakan dengan kehadiran Komander Norharirayati binti Yakub @ Norshawalliah, TLDB, Timbalan Komandan Latihan Tentera Laut, Tentera Laut Diraja Brunei, selaku Tetamu Kehormat.
Sementara itu, aktiviti kempen kebersihan di Tanah Perkuburan Pangkalan Jalur, Kampung Lubuk Pulau, Tutong telah dilaksanakan oleh Markas Perkhidmatan Bantu dan hadir selaku tetamu kehormat ialah Komander Mohd Khairul Anuar bin Abdullah, TLDB, Ketua Sistem Tentera Laut, Tentera Laut Diraja Brunei.
Kempen kebersihan ini mencerminkan komitmen berterusan Tentera Laut Diraja Brunei dalam memperkukuhkan hubungan dengan masyarakat, serta memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan warganya, sejajar dengan nilai-nilai yang diketengahkan melalui sambutan Jubli Intan TLDB.