MUARA NAVAL BASE, SUNDAY, 08 MARCH 2026 – As part of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Donation Presentation Ceremony held in conjunction with the holy month of Ramadhan 1447 Hijrah, Muara Naval Base served as one of the venues for the presentation of donations to children of RBAF personnel with different abilities. A total of 56 children received donations during the ceremony held at Dewan Samudera, Muara Naval Base.
The ceremony began with recitations of Sayidul Istighfar and Surah Al-Fatihah, followed by Selawat Syifa and Doa Selamat, before proceeding with the presentation of donations to the children, accompanied by zikir and prayers prior to the iftar session. The programme then continued with the breaking of fast, Maghrib prayer in congregation and refreshments.
The donations were presented by Yang Mulia First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Commander of the Royal Brunei Navy, together with his spouse Haniwati binti Haji Bakar, Head of the Royal Brunei Navy Wives Welfare Association (BAKTI RBN).
The donations were also presented by other invited RBN senior officers.
The ceremony forms part of the annual welfare initiative conducted during the month of Ramadhan, reflecting the Royal Brunei Armed Forces’ continued commitment to supporting the wellbeing of its personnel and their families, particularly children with different abilities.
----------
56 ANAK-ANAK ANGGOTA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI YANG BERKELAINAN UPAYA MENERIMA SUMBANGAN DI PANGKALAN TENTERA LAUT
PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, AHAD, 08 MAC 2026 – Sebagai sebahagian daripada Majlis Penyampaian Sumbangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sempena bulan suci Ramadhan 1447 Hijrah, Pangkalan Tentera Laut Muara merupakan salah satu lokasi bagi penyampaian sumbangan kepada anak-anak anggota ABDB yang berkelainan upaya. Seramai 56 orang anak-anak telah menerima sumbangan dalam majlis yang diadakan di Dewan Samudera, Pangkalan Tentera Laut Muara.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan Selawat Syifa dan Doa Selamat sebelum diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak istimewa, disertai dengan zikir sebelum berbuka puasa. Majlis kemudiannya diteruskan dengan berbuka puasa, Solat Fardhu Maghrib berjemaah serta jamuan.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, bersama isteri beliau Haniwati binti Haji Bakar, Ketua Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri TLDB (BAKTI TLDB). Turut menyampaikan sumbangan adalah pegawai-pegawai kanan TLDB yang hadir.
Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan, pegawai serta anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Majlis ini merupakan antara aktiviti kebajikan tahunan yang diadakan sempena bulan Ramadhan, sebagai tanda pemedulian dan komitmen ABDB dalam menyokong kebajikan anggota serta keluarga mereka, khususnya anak-anak yang berkelainan upaya.