MUARA, THURSDAY, 5 MARCH 2026 – The Commander of the Royal Brunei Navy (RBN), Yang Mulia First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, held an engagement session with Junior Non-Commissioned Officers at Semudera Hall, Muara Naval Base. Also present were the Navy Sergeant Major, Drill Sergeant Major and members of the Mariners’ Club.
During the session, the RBN Commander emphasised the importance of discipline among personnel, particularly those in the junior ranks. He highlighted that discipline is a fundamental value in the military profession, as a lack of discipline can affect individual performance and impact the overall effectiveness of the team and organisation. The session also served as a valuable platform for interaction between the RBN Commander and the personnel, providing an opportunity for Junior Non-Commissioned Officers to share their views and raise issues related to their duties and responsibilities. The Commander also shared advice and guidance to encourage personnel to continue performing their duties with dedication and professionalism.
The Commander also stressed the importance of carrying out every responsibility with integrity. He reminded personnel that every duty entrusted to them must be performed honestly, with commitment and a strong sense of accountability, as these values are essential in maintaining trust and professionalism within the organisation.
In addition, he underscored the importance of teamwork among personnel. By working together, supporting one another and maintaining effective communication, members of the Royal Brunei Navy will be better able to accomplish their missions and uphold the standards of the service.
Concluding the session, the RBN Commander stated that “discipline, integrity and teamwork must always be present in every member while serving in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).” These values form the foundation of strong leadership and ensure the continued effectiveness and professionalism of the Royal Brunei Navy.
———
PEMERINTAH TLDB MENEKANKAN DISIPLIN, AMANAH DAN KERJASAMA KEPADA PTB-PTB RENDAH
MUARA, KHAMIS, 5 MAC 2026 – Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, telah mengadakan sesi perjumpaan bersama PTB-PTB Rendah di Dewan Semudera, Pangkalan Tentera Laut Muara. Turut hadir ialah Sarjan Mejar Tentera Laut, Sarjan Mejar Kawad serta ahli-ahli Mariners’ Club.
Semasa sesi tersebut, Pemerintah TLDB menekankan kepentingan disiplin dalam kalangan anggota, khususnya PTB-PTB Rendah. Beliau menjelaskan bahawa disiplin merupakan nilai asas dalam profesion ketenteraan kerana kekurangan disiplin boleh menjejaskan prestasi individu serta memberi kesan kepada keberkesanan pasukan dan organisasi. Sesi ini juga menjadi platform interaksi yang baik antara Pemerintah TLDB dan anggota, di mana PTB-PTB Rendah berpeluang untuk berkongsi pandangan serta menyuarakan isu-isu berkaitan tugas dan tanggungjawab mereka. Pemerintah TLDB turut berkongsi nasihat dan panduan bagi menggalakkan anggota terus melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.
Beliau turut menekankan kepentingan melaksanakan setiap tanggungjawab dengan amanah. Pemerintah TLDB menegaskan bahawa setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada anggota hendaklah dilaksanakan dengan jujur, penuh komitmen serta rasa tanggungjawab yang tinggi kerana nilai ini amat penting dalam mengekalkan kepercayaan dan profesionalisme dalam organisasi.
Selain itu, beliau turut menggariskan kepentingan kerjasama berpasukan dalam kalangan anggota. Dengan bekerjasama, saling menyokong serta mengekalkan komunikasi yang berkesan, anggota Tentera Laut Diraja Brunei akan lebih berupaya melaksanakan misi dengan berkesan serta mengekalkan standard perkhidmatan angkatan.
Mengakhiri sesi tersebut, Pemerintah TLDB menegaskan bahawa “disiplin, amanah dan kerjasama mesti sentiasa ada dalam setiap anggota semasa bertugas di Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).” Nilai-nilai ini merupakan asas penting dalam membentuk kepimpinan yang kukuh serta memastikan keberkesanan dan profesionalisme Tentera Laut Diraja Brunei terus terpelihara.