BERAKAS GARRISON, FRIDAY, 06 MARCH 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) organised a Nadwah Ilmiah Forum 1447H/2026M for civilian and military female officers and personnel of the Ministry of Defence this morning at Pahlawan Hall, Berakas Garrison.
Present as the Guest of Honour was Colonel Norsuriati binti Haji Sharbini, Head of Judge Advocate General (JAG). Also in attendance were civilian and military female officers and personnel from across the Ministry of Defence.
Held in conjunction with the holy month of Ramadhan, the forum carried the theme “Taqwa: The Guiding Compass of a Successful Woman”, highlighting the importance of taqwa as the foundation of a woman’s identity and a guiding principle in fulfilling her responsibilities in both family life and professional roles. The forum also emphasised how taqwa strengthens emotional resilience, discipline and integrity when facing challenges, contributing to personal development as well as stronger families and a more resilient society.
The forum was moderated by Lieutenant Junior Grade Dayangku Nur Amrina binti Pengiran Abdul Aziz, RBN, Staff Officer Grade 3, Capability Development, RBN Headquarters. The panel discussion featured Ustazah Siti Syuhaidah binti Haji Mohd Yusoff, Religious Development Officer from the Lecturer’s Unit, Da’wah Dissemination Division, Islamic Da’wah Centre, and Pengiran Siti Katijah binti Pengiran Sulaiman, Assistant Lecturer from the Faculty of Education and Social Sciences, Seri Begawan Religious Teachers’ University College.
The forum concluded with the presentation of mementos by the Guest of Honour to the moderator and panel members, followed by the recitation of Doa Selamat.
———
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENGANJURKAN FORUM NADWAH ILMIAH BAGI PEGAWAI DAN ANGGOTA WANITA KEMENTERIAN PERTAHANAN
BERAKAS GARISON, JUMAAT, 06 MAC 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menganjurkan forum Nadwah Ilmiah 1447H/2026M bagi pegawai dan anggota wanita awam serta tentera Kementerian Pertahanan yang berlangsung pagi ini di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Kolonel Norsuriati binti Haji Sharbini, Ketua Perundangan Tentera. Turut hadir ialah pegawai serta anggota wanita awam dan tentera dari seluruh Kementerian Pertahanan.
Diadakan sempena bulan suci Ramadhan, forum ini membawa tema “Taqwa: Kompas Wanita Berjaya”, yang menekankan bahawa taqwa merupakan asas jati diri wanita serta panduan utama dalam melaksanakan pelbagai peranan sama ada dalam keluarga mahupun kerjaya. Forum ini turut mengetengahkan bagaimana taqwa membantu wanita mengawal emosi, membina disiplin serta mengekalkan integriti ketika berdepan cabaran, sekali gus menyumbang kepada pembangunan diri, keharmonian keluarga dan pembentukan masyarakat yang lebih berdaya tahan.
Forum tersebut dipengerusikan oleh Leftenan Madya Dayangku Nur Amrina binti Pengiran Abdul Aziz, TLDB, Penolong Pegawai Turus, Perkembangan Keupayaan, Markas TLDB. Dua orang ahli panel yang membincangkan tajuk forum ialah Ustazah Siti Syuhaidah binti Haji Mohd Yusoff, Pegawai Perkembangan Ugama, Unit Penceramah, Bahagian Penyebaran Da’wah, Pusat Da’wah Islamiah, serta Pengiran Siti Katijah binti Pengiran Sulaiman, Penolong Pensyarah, Fakulti Pendidikan dan Sains Kemasyarakatan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
Forum tersebut diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh Tetamu Kehormat kepada moderator dan ahli panel, sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.