Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI NAVY CONTINUES TO INSPIRE THE PUBLIC THROUGH DIAMOND JUBILEE ROADSHOW IN KUALA BELAIT

KUALA BELAIT, Sunday, 11 January 2026 – The Royal Brunei Navy (RBN) continued its efforts to inspire the public and strengthen community ties through the Royal Brunei Navy Roadshow held in the Belait District from 10 to 11 January 2026, organised in conjunction with the Royal Brunei Navy Diamond Jubilee celebrations.


As part of the official programme, the Commander of the Royal Brunei Navy, First Admiral Sahibul Bahari bin Zainal Abidin, attended the official reception held in conjunction with the roadshow, reaffirming the Navy’s commitment to fostering strong civil–military relations at the grassroots level. The Fleet Commander of the Royal Brunei Navy, Captain Sonny Iskandar bin Rasani, RBN, also conducted a courtesy call on the Acting Belait District Officer, Awang Muhammad Faiq bin Haji Rani, as part of the programme.

The roadshow featured a range of outreach and community-focused activities, including an open ship programme at the Maritime Port Authority of Brunei Darussalam (MPABD) Port, public exhibitions and live band performances at Dewan Bandaran Kuala Belait. These initiatives provided members of the public with greater insight into the RBN’s roles, responsibilities and contributions to national maritime security, while bringing naval outreach closer to the community.

In parallel with the public engagement activities, the RBN also conducted several community relations programmes, including religious activities, a cleaning campaign, sports interaction and a 5-kilometre fun run, reflecting the Navy’s inclusive and holistic approach to community engagement and social responsibility.

Held as a continuation of the RBN’s Diamond Jubilee outreach initiatives following the recent programme in the Temburong District, the Kuala Belait Roadshow underscores the Royal Brunei Navy’s balanced approach to national service, where operational readiness is complemented by sustained engagement with communities nationwide. The RBN remains committed to inspiring public interest in maritime defence while continuing its legacy of dedicated service to the nation.

--------

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI TERUS MENGINSPIRASI ORANG RAMAI MELALUI JELAJAH JUBLI INTAN DI KUALA BELAIT

KUALA BELAIT, Ahad, 11 Januari 2026 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah meneruskan usaha untuk menginspirasi orang ramai dan memperkukuh hubungan bersama masyarakat melalui pelaksanaan Jelajah Tentera Laut Diraja Brunei di Daerah Belait yang berlangsung dari 10 hingga 11 Januari 2026, bersempena sambutan Jubli Intan Tentera Laut Diraja Brunei.

Sebagai sebahagian daripada program rasmi, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Zainal Abidin, telah berkenan menghadiri majlis resepsi rasmi yang diadakan sempena jelajah berkenaan, sekali gus menzahirkan komitmen TLDB dalam memperkukuh hubungan awam–ketenteraan di peringkat akar umbi. Pemerintah Armada TLDB, Kepten Sonny Iskandar bin Rasani, turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Muhammad Faiq bin Haji Rani, sebagai sebahagian daripada atur cara program.

Jelajah tersebut merangkumi pelbagai aktiviti libat urus awam dan kemasyarakatan, termasuk program kapal terbuka di Pelabuhan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD), pameran serta persembahan kumpulan muzik di Dewan Bandaran Kuala Belait. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman orang ramai terhadap peranan, tanggungjawab serta sumbangan TLDB dalam menjamin keselamatan maritim negara, di samping membawa penglibatan tentera laut lebih dekat kepada masyarakat setempat.

Seiring dengan program libat urus awam, TLDB turut melaksanakan beberapa aktiviti kemasyarakatan lain, termasuk program keagamaan, kempen kebersihan, aktiviti sukan serta larian santai sejauh 5 kilometer, yang mencerminkan pendekatan holistik dan inklusif TLDB dalam memperkukuh hubungan bersama masyarakat dan melaksanakan tanggungjawab sosial.

Diadakan sebagai kesinambungan kepada inisiatif libat urus komuniti Jubli Intan TLDB yang sebelum ini telah dilaksanakan di Daerah Temburong, Jelajah TLDB di Kuala Belait ini menzahirkan pendekatan seimbang TLDB dalam melaksanakan khidmat kepada negara, di mana kesiapsiagaan operasi digandingkan dengan penglibatan berterusan bersama masyarakat. TLDB kekal komited untuk terus menyemai minat orang ramai terhadap pertahanan maritim sambil meneruskan legasi perkhidmatan bakti kepada negara.