Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

PASSING THE HELM: RBN FORMALISES JUNIOR RATES PRESIDENT MESS COMMITTEE CHANGE

ROYAL BRUNEI NAVY | FRIDAY, 24 DECEMBER 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) held a Handover Ceremony for the Junior Rates President Mess Committee (PMC) of the RBN Mariner’s Club at Samudera Hall, RBN. The ceremony marked the formal leadership transition within the Junior Rates PMC and upheld the continuity of established traditions within the Junior Rates PMC.

The ceremony was attended by Warrant Officer I Mohd Nasri bin Ladis, Sergeant Major of the Royal Brunei Navy, as the Guest of Honour. The key highlight of the event was the signing of the Handover Certificate between the outgoing President Mess Committee, Leading Hand Kamarul Ariffin bin Pg Norhasman, RBN, and the incoming President Mess Committee, led by Leading Hand Ahmad Nabil ‘Azim bin Hj Mohamad, RBN.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a farewell address by the outgoing PMC President. In his remarks, he expressed his appreciation and gratitude to the 2024–2025 committee members for their dedication, teamwork, and professionalism in organising various activities and ceremonial events at both Royal Brunei Navy and Royal Brunei Armed Forces levels.

The Royal Brunei Navy Junior Rates President Mess Committee serves as an important platform to develop leadership, responsibility, and organisational skills among personnel from the early stages of their careers, reinforcing the importance of leadership development at every level of service within the Royal Brunei Navy.

-----------

PERALIHAN KEPIMPINAN: TLDB MERASMIKAN PERTUKARAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA YANG DI-PERTUA MES BAGI PERINGKAT PTB RENDAH

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI | JUMAAT, 24 DISEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Serah Terima tugas bagi Jawatankuasa Yang Di-Pertua Mes (President Mess Committee, PMC) Kelab Mariner TLDB bertempat di Dewan Samudera, TLDB. 

Majlis ini menandakan peralihan kepimpinan secara rasmi dalam kalangan PMC PTB Rendah serta mencerminkan kesinambungan, profesionalisme dan komitmen berterusan dalam perkhidmatan.
Majlis tersebut dihadiri oleh Pegawai Waran I Mohd Nasri bin Ladis, Sarjan Mejar Tentera Laut Diraja Brunei, selaku Tetamu Kehormat. Acara kemuncak majlis ialah penandatanganan Sijil Serah Terima Jawatan antara PMC terdahulu yang diketuai oleh Laskar Kanan Kamarul Ariffin bin Pg Norhasman, TLDB, dan PMC baharu yang diketuai oleh Laskar Kanan Ahmad Nabil ‘Azim bin Hj Mohamad, TLDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti ucapan perpisahan oleh Presiden PMC terdahulu. Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa sesi 2024–2025 atas dedikasi, kerjasama dan profesionalisme mereka dalam mengendalikan pelbagai aktiviti serta majlis-majlis rasmi, sama ada di peringkat TLDB mahupun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang melambangkan peralihan tanggungjawab secara lancar dan tertib. Penubuhan Jawatankuasa Mess Presiden Laskar Kanan TLDB berperanan sebagai platform penting dalam membentuk kepimpinan, rasa tanggungjawab dan kemahiran pengurusan dalam kalangan anggota sejak peringkat awal perkhidmatan, sekali gus menegaskan bahawa pembangunan kepimpinan merupakan elemen penting di setiap peringkat dalam Tentera Laut Diraja Brunei.​