Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI NAVY WELCOMES 17 NEW RECRUITS FOLLOWING PASSING OUT PARADE

PENANJONG GARRISON, FRIDAY, 19 DECEMBER 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) continues its efforts to strengthen and sustain its manpower with the successful completion of training by 17 new recruits during the Passing Out Parade Ceremony held at the Parade Square, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), Penanjong Garrison. The ceremony marks an important step in the Navy’s ongoing personnel development programme, as the newly trained recruits prepare to formally commence their service in support of the RBN’s operational readiness and long-term force sustainability.


The ceremony was graced by Yang Mulia First Admiral Sahibul Bahari bin Zainal Abidin, Commander of the Royal Brunei Navy, as the Guest of Honour. Also in attendance were senior officers, instructors, personnel from the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces, as well as family members of the graduating recruits.

The ceremony commenced with a parade inspection by the Guest of Honour, followed by his official address. In his speech, he congratulated all graduating recruits on their successful completion of the 14-week Basic Military Training (BMT), commending their perseverance, discipline and commitment throughout the training programme. He also expressed his appreciation for the dedication and professionalism of the instructors, as well as the strong support rendered by parents and family members.

The Guest of Honour highlighted that BMT not only develops military proficiency, but also instils religious values, strong character and the Royal Brunei Armed Forces’ core values of Loyalty, Piety, Courage and Professionalism. He echoed His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s emphasis on resilience amid evolving security challenges, stressing the importance of maintaining physical readiness, strengthening spiritual resilience and avoiding negative influences.

He further underscored the importance of continuous learning through bilateral, regional and multilateral engagements to enhance operational capability, noting that the responsibilities of a soldier extend beyond military duties and are aligned with the principles of Maqasid Syariah as the foundation of national security. He concluded by encouraging the recruits to uphold discipline, integrity, teamwork and professionalism throughout their careers, and to remain ready to serve the nation with unwavering loyalty and dedication.
Out of the total number of recruits who successfully completed the training, 17 recruits will proceed to serve with the Royal Brunei Navy, comprising 9 male recruits and 8 female recruits, reflecting the Navy’s sustained effort in developing disciplined, resilient and operationally ready maritime personnel.

As recognition of outstanding performance throughout the training period, awards were presented to recruits who excelled in their respective categories. Among the female recruits from Intake 60, three Royal Brunei Navy personnel received awards, namely Recruit Dk Noor Izzatul Raihana binti Pg Mohd Harun, RBN, who was awarded the Overall Best Recruit, Recruit Nurul Fatin Fazera binti Haji Abdullah, RBN, who received the Best in Small Arms Training Award, and Recruit Nur Farhana Syaherra binti Md Faizal, RBN, who was awarded Best in Physical Training.

The ceremony concluded with a doa recitation led by Yang Mulia Captain Abdul Mu’iz Azizi bin Zulkifli from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT), marking the recruits’ readiness to transition into the next phase of their service as members of the Royal Brunei Navy.

-----------

ROYAL BRUNEI NAVY WELCOMES 17 NEW RECRUITS FOLLOWING PASSING OUT PARADE

PENANJONG GARISON, JUMAAT, 19 DISEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) meneruskan usaha memperkukuhkan dan mengekalkan keanggotaan perkhidmatannya dengan kejayaan seramai 17 orang rekrut menamatkan latihan asas masing-masing dalam Upacara Perbarisan Tamat Latihan yang berlangsung di Padang Kawad Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDD), Penanjong Garison. Upacara ini merupakan satu langkah penting dalam program pembangunan sumber manusia TLDB yang berterusan, selaras dengan persiapan para rekrut untuk memulakan perkhidmatan secara rasmi bagi menyokong kesiapsiagaan operasi serta kesinambungan pertahanan maritim negara.

Upacara tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, jurulatih, pegawai serta anggota Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, di samping ahli-ahli keluarga para rekrut yang diraikan.

Upacara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Tetamu Kehormat, diikuti dengan penyampaian ucapan rasmi. Dalam ucapannya, beliau merakamkan tahniah kepada semua rekrut yang berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan selama 14 minggu, serta memuji ketabahan, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang tempoh latihan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para jurulatih atas dedikasi yang tinggi, serta sokongan padu yang diberikan oleh ibu bapa dan ahli keluarga.

Tetamu Kehormat menegaskan bahawa Latihan Asas Ketenteraan bukan sahaja membentuk kecekapan ketenteraan, malah turut menerapkan nilai-nilai keagamaan, pembentukan sahsiah serta nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei iaitu Kesetiaan, Ketaatan, Keberanian dan Profesionalisme. Beliau turut menyahut penekanan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai daya tahan dalam menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks, dengan menekankan kepentingan kesiapsiagaan fizikal, kekuatan rohani serta menjauhi pengaruh negatif.

Beliau seterusnya menekankan kepentingan pembelajaran berterusan melalui latihan dan kerjasama dua hala, serantau dan pelbagai hala bagi meningkatkan keupayaan operasi, sambil menegaskan bahawa tanggungjawab seorang anggota tentera bukan sahaja terbatas kepada tugas ketenteraan semata-mata, malah selari dengan prinsip Maqasid Syariah sebagai asas keselamatan negara. Ucapan beliau diakhiri dengan seruan agar para rekrut sentiasa menjunjung disiplin, integriti, kerja berpasukan dan profesionalisme sepanjang kerjaya, serta kekal bersedia berkhidmat kepada negara dengan penuh kesetiaan dan dedikasi.

Daripada keseluruhan rekrut yang berjaya menamatkan latihan, seramai 17 orang rekrut akan menyertai Tentera Laut Diraja Brunei, terdiri daripada 9 rekrut lelaki dan 8 rekrut wanita, sekali gus mencerminkan usaha berterusan TLDB dalam melahirkan anggota maritim yang berdisiplin, berdaya tahan dan bersedia melaksanakan tugas operasi.

Sebagai penghargaan terhadap prestasi cemerlang sepanjang latihan, anugerah telah disampaikan kepada rekrut yang menunjukkan kecemerlangan dalam kategori masing-masing. Dalam kalangan Rekrut Wanita Pengambilan Ke-60, tiga anggota TLDB telah menerima anugerah, iaitu Rekrut Dk Noor Izzatul Raihana binti Pg Mohd Harun selaku Rekrut Terbaik Keseluruhan, Rekrut Nurul Fatin Fazera binti Haji Abdullah bagi Latihan Senjata Kecil Terbaik, serta Rekrut Nur Farhana Syaherra binti Md Faizal bagi Latihan Jasmani Terbaik.

Upacara diakhiri dengan bacaan doa oleh Yang Mulia Kapten Abdul Mu’iz Azizi bin Zulkifli daripada Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), menandakan kesediaan para rekrut untuk melangkah ke fasa seterusnya sebagai anggota Tentera Laut Diraja Brunei.