KUALA BELAIT, SATURDAY, 27 DECEMBER 2025 – Yesterday, The Royal Brunei Navy (RBN) senior officers actively participated in the Cleaning Campaign organised by the Ministry of Defence (MINDEF) at several designated locations in the Belait District, as part of ongoing efforts to promote environmental cleanliness, shared responsibility, and the spirit of gotong-royong under a Whole-of-Nation approach.
The RBN contingent was led by First Admiral Sahibul Bahari bin Zainal Abidin, Commander of the Royal Brunei Navy, who was present at Lorong 3 Selatan, Seria, covering key areas including Taman Permainan Lorong 3 and Masjid Lorong Tiga. Also present at Lorong 3 Selatan was Captain Sonny Iskandar bin Rasani, Acting Deputy Commander of the Royal Brunei Navy, further underscoring the Navy’s leadership commitment to the campaign.
Meanwhile, Captain Faizal Ezam bin Haji Abas, RBN, Chief of Staff of the Royal Brunei Navy, was present at Kampung Mumong, while Commander Khairul Anuar bin Abdullah, Acting Commandant of Support Services, Royal Brunei Navy, oversaw RBN participation at Kampung Pandan. The deployment of senior RBN leadership across multiple locations reflected the Navy’s coordinated approach and strong support for national cleanliness initiatives.
The programme commenced with a group photo session, followed by the recitation of Surah Al-Fatihah and a tazkirah entitled “Menguatkan Ukhuwah dalam Bergotong-Royong”, which emphasised the importance of cooperation, brotherhood (ukhuwah), and collective responsibility in maintaining communal harmony and well-being.
This was followed by awareness briefings on cleanliness and environmental responsibility delivered by representatives from relevant government agencies, prior to the commencement of the cleaning activities.
RBN personnel worked alongside local residents, government agencies, community leaders, private sector partners, educational institutions, youth groups, and volunteers in coordinated cleaning efforts across public spaces, residential areas, and shared community facilities within the designated locations. The campaign involved approximately 1,000 participants, reflecting strong community participation and inter-agency cooperation.
Through this collective effort, a total of 3,470.8 kilograms of waste, comprising general waste, recyclable materials, and bulky items, was successfully collected. This outcome highlights the positive impact of coordinated, community-driven environmental initiatives in enhancing cleanliness and environmental awareness.
The RBN’s participation in this campaign not only contributed to improving the cleanliness and liveability of the Kuala Belait area, but also reinforced the values of cooperation, shared responsibility, and respect for the environment. This initiative reflects the RBN’s continued support for the objectives of the Steering Committee on Cleanliness Issues (JIKK) and reaffirms its commitment to a Whole-of-Nation approach in sustaining a clean, safe, and sustainable environment for the nation.
----------
Memimpin Melalui Teladan: Kepimpinan Tentera Laut Diraja Brunei Menyertai Komuniti dalam Menyokong Usaha Kebersihan Negara Secara Whole-of-Nation di Kuala Belait
KUALA BELAIT, SABTU, 27 DISEMBER 2025 – Semalam, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyertai Kempen Kebersihan yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti di Daerah Belait, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memupuk tanggungjawab bersama, semangat gotong-royong serta menyokong pendekatan Whole-of-Nation ke arah pemeliharaan kebersihan alam sekitar.
Penyertaan TLDB diketuai oleh Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Zainal Abidin, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, yang hadir di Lorong 3 Selatan, Seria, meliputi kawasan Taman Permainan Lorong 3 dan Masjid Lorong Tiga. Turut hadir di lokasi yang sama ialah Kepten Sonny Iskandar bin Rasani, Pemangku Timbalan Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei.
Sementara itu, Kepten Faizal Ezam bin Haji Abas, TLDB, Ketua Staf Tentera Laut Diraja Brunei, telah menghadiri dan menyelaras penyertaan TLDB di Kampung Mumong, manakala Komander Khairul Anuar bin Abdullah, Pemangku Komandan Perkhidmatan Bantu Tentera Laut Diraja Brunei, berada di Kampung Pandan. Kehadiran kepimpinan tertinggi TLDB ini mencerminkan komitmen berterusan TLDB dalam menyokong inisiatif kebangsaan yang menggalakkan penglibatan komuniti serta penjagaan alam sekitar.
Program dimulakan dengan sesi bergambar ramai, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah serta penyampaian tazkirah bertajuk “Menguatkan Ukhuwah dalam Bergotong-Royong”, yang menekankan kepentingan kerjasama, ukhuwah dan tanggungjawab bersama dalam mengekalkan kesejahteraan serta keharmonian komuniti. Program seterusnya disusuli dengan ceramah kesedaran mengenai kebersihan dan tanggungjawab alam sekitar oleh wakil-wakil agensi berkaitan sebelum aktiviti pembersihan dimulakan.
Pegawai-Pegawai TLDB berganding bahu bersama penduduk setempat, agensi kerajaan, pemimpin masyarakat, pihak swasta, institusi pendidikan, kumpulan belia serta pertubuhan sukarelawan dalam melaksanakan aktiviti pembersihan secara bersepadu di kawasan awam, perumahan dan ruang komuniti. Kempen ini telah melibatkan lebih kurang 1,000 peserta, sekali gus mencerminkan tahap kerjasama dan penyertaan komuniti yang tinggi.
Hasil daripada usaha bersama ini, sebanyak 3,470.8 kilogram sisa, yang merangkumi sisa am, bahan kitar semula dan barangan pukal, telah berjaya dikumpulkan dari kawasan pembersihan yang ditetapkan. Pencapaian ini menyerlahkan impak positif inisiatif kebersihan alam sekitar yang digerakkan secara kolektif.
Penyertaan TLDB dalam kempen ini bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan tahap kebersihan dan kesejahteraan kawasan Kuala Belait, malah turut memperkukuhkan nilai kerjasama, tanggungjawab bersama dan rasa hormat terhadap alam sekitar dalam kalangan masyarakat. Usaha ini mencerminkan sokongan berterusan TLDB terhadap inisiatif Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan (JIKK) serta komitmen TLDB terhadap pendekatan Whole-of-Nation dalam usaha mengekalkan sebuah negara yang bersih, selamat dan mampan.