Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ROYAL BRUNEI NAVY DEEPENS COMMUNITY TIES IN TEMBURONG THROUGH DIAMOND JUBILEE ROADSHOW

TEMBURONG, 22 DECEMBER 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) strengthened its engagement with the local community in the Temburong District through a series of community relations activities held in conjunction with the two-day Royal Brunei Navy Roadshow 2025, organised as part of the RBN Diamond Jubilee celebrations.


As part of the official programme, the Commander of the Royal Brunei Navy, First Admiral Sahibul Bahari bin Zainal Abidin, attended the official reception dinner held in conjunction with the roadshow, underscoring the RBN’s commitment to strengthening civil–military relations and engagement at the grassroots level. The Fleet Commander of the Royal Brunei Navy, Captain Sonny Iskandar bin Rasani, RBN, also conducted a courtesy call on the Acting Temburong District Officer, Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad, as part of the programme.

The roadshow, which took place from 20 to 21 December 2025 at Ruang Legar, Kompleks Utama Bumiputera, Bangar, aimed to enhance public awareness of the RBN’s roles and responsibilities while bringing naval outreach closer to the community. The programme reflects the RBN’s continued commitment to fostering strong ties with the public across all districts of the country.

Throughout the roadshow, members of the public were invited to explore a range of exhibitions highlighting the RBN’s operational capabilities, maritime security roles and career pathways. The event was further enlivened with community-oriented activities, including live band performances and interactive engagements designed to attract visitors of all ages.

In parallel with the public outreach programme, a series of community relations activities were conducted, including a cleaning campaign, religious programmes and a friendly football match aimed at strengthening bonds between RBN personnel and the local community. 
The football match, held at the Temburong District Sports Complex, featured a friendly fixture between the Royal Brunei Navy team and the Temburong District Office team, with Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, Member of the Legislative Council, among those present. Donations were also presented to three mosques in the district, reflecting the Navy’s commitment to community well-being and social responsibility.

Held in conjunction with the RBN Diamond Jubilee, the Royal Brunei Navy Roadshow 2025 underscores the Navy’s balanced approach to national service, where operational readiness is complemented by sustained community engagement. The Royal Brunei Navy remains committed to inspiring public interest in maritime defence while continuing its legacy of dedicated service to the nation.

------------

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MEMPERKUKUH JALINAN HUBUNGAN BERSAMA MASYARAKAT TEMBURONG MELALUI JELAJAH JUBLI INTAN

TEMBURONG, 22 DISEMBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah memperkukuh hubungan bersama masyarakat Daerah Temburong melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti kemasyarakatan bersempena Jelajah Tentera Laut Diraja Brunei 2025, yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada sambutan Jubli Intan TLDB.

Sebagai sebahagian daripada program rasmi, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Zainal Abidin, telah menghadiri majlis makan malam rasmi bersempena program jelajah tersebut sebagai tanda komitmen TLDB dalam memperkukuh hubungan awam–ketenteraan di peringkat akar umbi. Pemerintah Armada TLDB, Kepten Sonny Iskandar bin Rasani, turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad, sebagai sebahagian daripada program berkenaan.

Program jelajah yang berlangsung dari 20 hingga 21 Disember 2025 di Ruang Legar, Kompleks Utama Bumiputera, Bangar ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman orang ramai terhadap peranan dan tanggungjawab TLDB, di samping membawa penglibatan tentera laut lebih dekat kepada masyarakat setempat.

Sepanjang jelajah berlangsung, orang ramai berpeluang mengunjungi pelbagai pameran yang memaparkan keupayaan operasi TLDB, peranan keselamatan maritim serta peluang kerjaya dalam perkhidmatan tentera laut. Program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti mesra masyarakat termasuk persembahan kumpulan muzik dan sesi interaksi terbuka yang sesuai untuk semua lapisan umur.

Seiring dengan program libat urus awam, TLDB turut melaksanakan beberapa aktiviti kemasyarakatan termasuk kempen pembersihan, program keagamaan serta perlawanan bola sepak persahabatan bagi memupuk hubungan erat bersama masyarakat Temburong. Perlawanan bola sepak persahabatan yang diadakan di Kompleks Sukan Daerah Temburong menyaksikan pasukan TLDB berentap dengan pasukan Pejabat Daerah Temburong, dan turut disaksikan oleh Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara. TLDB turut menyampaikan sumbangan kepada tiga buah masjid di daerah berkenaan, selaras dengan komitmen TLDB terhadap kebajikan masyarakat dan tanggungjawab sosial.

Dianjurkan bersempena sambutan Jubli Intan TLDB, Jelajah Tentera Laut Diraja Brunei 2025 menzahirkan pendekatan seimbang TLDB dalam melaksanakan khidmat kepada negara, di mana kesiapsiagaan operasi digandingkan dengan penglibatan berterusan bersama masyarakat. TLDB kekal komited untuk terus menyemai minat orang ramai terhadap pertahanan maritim sambil meneruskan legasi perkhidmatan bakti kepada negara.