Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JABATAN PANGKALAN TLDB MENGADAKAN KEMPEN MEMBERSIHKAN MASJID SEMPENA JUBLI INTAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI 1447H/2025M

MUARA, SELASA, 7 OKTOBER 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) sekali lagi mengadakan Kempen Membersihkan Masjid sempena Sambutan Jubli Intan TLDB, bertempat di Masjid Kampung Sungai Buloh, Brunei Muara. Inisiatif ini merupakan kesinambungan daripada acara - acara aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan TLDB sebelum ini bagi menyemarakkan sambutan ulang tahun ke-60 penubuhannya.

Turut hadir sebagai Pegawai Terkanan ialah Komander Shahairil bin Haji Mohd Shahlan, Pegawai Pemerintah Pemeliharaan TLDB, bersama pegawai-pegawai dan anggota-anggota  Pangkalan TLDB seramai 105 orang.

Sepanjang kempen, pegawai dan anggota Jabatan Pangkalan TLDB bergotong-royong membersihkan persekitaran Masjid Kampung Sungai Buloh, dengan semangat kerjasama serta keikhlasan demi menjaga kebersihan dan kesucian rumah Allah. Aktiviti ini berakhir dengan sesi bergambar ramai di luar masjid sebelum bersurai.

Penganjuran ini bukan sahaja mencerminkan komitmen berterusan TLDB dalam memupuk nilai kebersamaan dan kepedulian terhadap komuniti setempat, malah turut meneguhkan semangat ukhuwah Islamiah serta menyemarakkan lagi keberkatan sempena Sambutan Jubli Intan TLDB.

---

RBN BASE DEPARTMENT HELD MOSQUE CLEANING CAMPAIGN IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI NAVY DIAMOND JUBILEE 1447H/2025M

MUARA, TUESDAY, 7 OCTOBER 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) once again organised a Mosque Cleaning Campaign in conjunction with the RBN Diamond Jubilee, held at Kampung Sungai Buloh Mosque, Brunei Muara. This initiative continues from the previous campaign and forms part of RBN’s ongoing religious and community-oriented activities to enliven the celebration of its 60th Anniversary.

Present as the Senior Officer was Commander Shahairil bin Haji Mohd Shahlan, RBN, Commanding Officer Maintenance RBN, along with 105 officers and personnel from RBN Base Headquarters.

Prior to the commencement of the cleaning campaign, RBN Base Department personnel performed the Sunnah Tahiyatul Masjid prayer, followed by a briefing on task distribution, discipline, and safety measures.

Throughout the campaign, RBN officers and personnel worked hand in hand to clean the premises of Kampung Sungai Buloh Mosque, demonstrating teamwork and sincerity in preserving the cleanliness and sanctity of the house of Allah.

This iteration of the campaign not only reflected RBN’s continued commitment to fostering solidarity and care for the local community, but also strengthened Islamic brotherhood and further enriched the blessings of the RBN Diamond Jubilee celebration.