Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

KDB DARULAMAN KEMBALI KE PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA SELEPAS MENYERTAI AFR 2025, AMNEX 3/2025 DI MALAYSIA, DAN LAWATAN DIPLOMASI PERTAHANAN KE VIETNAM

MUARA, ISNIN, 01 SEPTEMBER 2025 – KDB DARULAMAN telah berjaya menamatkan pelayaran selama 22 hari yang merangkumi penyertaan dalam ASEAN Fleet Review 2025 (AFR 25) dan ASEAN Multilateral Naval Exercise ke-3 (AMNEX 3/25) di Pulau Pinang, Malaysia, diikuti dengan Lawatan Diplomasi Pertahanan ke Cam Ranh, Republik Sosialis Vietnam, sebelum selamat kembali ke Pangkalan Tentera Laut Muara pada 01 September 2025.

AFR 25 yang berlangsung di North Penang Channel telah diserikan dengan keberangkatan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli Bin Ngah Talib, menghimpunkan kapal-kapal tentera laut dari negara-negara anggota ASEAN termasuk Brunei Darussalam, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, Myanmar dan Filipina. Mewakili Brunei Darussalam, KDB DARULAMAN telah berganding bahu bersama rakan-rakan serantau dalam menzahirkan solidariti, semangat setiakawan, serta kerjasama maritim ASEAN yang berterusan.

Sejurus selepas AFR 25, AMNEX 3/25 diteruskan dengan fasa pelabuhan dan fasa laut. Fasa pelabuhan menampilkan pertukaran profesional, perbincangan staf, serta interaksi budaya, manakala fasa laut menumpukan kepada latihan taktikal bersama termasuk latihan manuver, pendekatan pengisian semula di laut, latihan penggeledahan, serta pelayaran perpisahan. Penyertaan KDB DARULAMAN membuktikan keupayaan operasi, profesionalisme, serta kebolehan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) untuk beroperasi bersama rakan serantau dalam memperkukuh keselamatan maritim.

Seterusnya, KDB DARULAMAN telah melaksanakan Lawatan Diplomasi Pertahanan ke Cam Ranh, Vietnam, dari 27 hingga 30 Ogos 2025. Lawatan tersebut dimulakan dengan kunjungan hormat antara Leftenan Komander Mohammad Aliashim bin Alias, Pegawai Memerintah KDB DARULAMAN, dan Senior Captain (Navy) Lai Hong Dong, Timbalan Pengarah Akademi Tentera Laut Vietnam. Program lawatan turut merangkumi pertukaran budaya, perlawanan bola tampar, serta majlis resepsi di kapal yang menampilkan tradisi dan budaya Brunei Darussalam, sekali gus mengukuhkan persahabatan dan saling menghormati antara TLDB dan Tentera Laut Rakyat Vietnam.

Pelayaran ini berakhir dengan kepulangan KDB DARULAMAN ke Pangkalan Tentera Laut Muara, disambut oleh Pemerintah TLDB, Laksamana Pertama Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, bersama para pegawai, anggota serta keluarga krew yang pulang. Kejayaan misi ini menzahirkan komitmen berterusan TLDB dalam memperkukuh diplomasi pertahanan, mengeratkan hubungan profesional dengan tentera laut ASEAN, serta menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan keselamatan serantau.

———

KDB DARULAMAN RETURNS TO MUARA NAVAL BASE AFTER PARTICIPATING IN AFR 2025, AMNEX 3/2025 IN MALAYSIA, AND DEFENCE DIPLOMACY VISIT TO VIETNAM
MUARA, MONDAY, 01 SEPTEMBER 2025 – KDB DARULAMAN has completed a 22-day deployment which included participation in the ASEAN Fleet Review 2025 (AFR 25) and the 3rd ASEAN Multilateral Naval Exercise (AMNEX 3/25) in Pulau Pinang, Malaysia, followed by a Defence Diplomacy Visit to Cam Ranh, Republic Socialist of Vietnam, before returning safely to Muara Naval Base on 01 September 2025.

AFR 25, held at the North Penang Channel and graced by the Yang Di-Pertua Negeri of Penang, TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli Bin Ngah Talib, brought together naval vessels from ASEAN member states including Brunei Darussalam, Malaysia, Singapore, Thailand, Vietnam, Indonesia, Myanmar, and the Philippines. Representing Brunei Darussalam, KDB DARULAMAN joined regional counterparts in showcasing solidarity, camaraderie, and the enduring spirit of ASEAN maritime cooperation.

Immediately after AFR 25, AMNEX 3/25 commenced with both harbour and sea phases. The harbour phase featured professional exchanges, staff discussions, and cultural interactions, while the sea phase focused on joint tactical drills including manoeuvring exercises, replenishment approaches, boarding exercises, and a farewell sail-past. KDB DARULAMAN’s successful participation highlighted the RBN’s operational capability, professionalism, and interoperability with regional partners in enhancing maritime security.

Subsequently, KDB DARULAMAN conducted a Defence Diplomacy Visit to Cam Ranh, Vietnam, from 27 to 30 August 2025. The visit began with a courtesy call between Lieutenant Commander Mohammad Aliashim bin Alias, Commanding Officer of KDB DARULAMAN, and Senior Captain (Navy) Lai Hong Dong, Deputy Director of the Naval Academy of Vietnam. The programme also included cultural exchanges, volleyball matches, and a shipboard reception showcasing Brunei Darussalam’s traditions, further cementing friendship and mutual respect between the Royal Brunei Navy and the Vietnam People’s Navy.

The deployment concluded with KDB DARULAMAN’s homecoming at Muara Naval Base, welcomed by Commander of the Royal Brunei Navy, First Admiral Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin, alongside officers, personnel, and family members. The successful mission reflects the Royal Brunei Navy’s unwavering commitment to advancing defence diplomacy, strengthening professional ties with ASEAN navies, and contributing to peace, stability, and security in the region.