SINGAPURA, ISNIN–JUMAAT, 25–29 OGOS 2025 – Tentera Laut Republik Singapura (TLRS) telah mengendalikan Program Senior Warrant Exchange Programme (SWEP) yang diadakan setiap tahun bersama Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). SWEP 2025 berlangsung selama lima (5) hari, bermula 25 Ogos hingga 29 Ogos 2025.
SWEP 2025 diketuai oleh Master Chief Navy Senior Warrant Officer Seck Wai Kong daripada TLRS dan Pegawai Waran 1 Mohammad Nasri bin Ladis, Sarjan Mejar TLDB. Delegasi TLDB turut dianggotai oleh Pegawai Waran 1 Alihan bin Haji Putih, Pegawai Waran 1 Mohammad Ariwan bin Mohammad, Pegawai Waran 1 Haji Mohammad Irwan bin Haji Awang Rarip, dan Pegawai Waran 2 Shari bin Wahid.
Sepanjang program ini, delegasi TLDB telah dibawa melawat ke beberapa fasiliti TLRS untuk berkongsi perkembangan terkini yang memberi tumpuan kepada bidang latihan dan eksesais. Antara sorotan utama lawatan termasuk kunjungan ke Information Fusion Centre (IFC), di mana delegasi mempelajari peranan IFC dalam memudahkan perkongsian maklumat melalui pegawai perhubungan antarabangsa. Delegasi TLDB turut berpeluang bertemu semula dengan pegawai perhubungan TLDB yang kini bertugas di IFC. Selain itu, delegasi juga mengunjungi Damage Control Training Centre (DCTC), Muzium TLRS dan Markas Armada di Pangkalan Tentera Laut Changi, Kementerian Pertahanan, serta Naval Diving Unit.
Delegasi TLDB turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Laksamana Pertama Sean Wat, Pemerintah Angkatan Laut Republik Singapura. Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pihak mengesahkan semula kepentingan program seperti ini dalam memperkukuh hubungan profesional dan kerjasama di semua peringkat kepimpinan antara kedua-dua angkatan laut.
Di samping interaksi profesional dan latihan bersama di laut, SWEP terus menekankan ikatan persahabatan yang erat dan telah lama terjalin antara Tentera Laut Diraja Brunei dan Tentera Laut Republik Singapura, sekali gus memupuk semangat saling menghormati dan kerjasama yang berterusan.
----------------------------
SINGAPORE, MONDAY–FRIDAY, 25–29 AUGUST 2025 – The Republic of Singapore Navy (RSN) hosted this year’s Senior Warrant Exchange Programme (SWEP), an annual engagement between the RSN and the Royal Brunei Navy (RBN) involving Senior Warrant Officers from both navies. SWEP 2025 was conducted over five (5) days, from 25th to 29th August 2025.
SWEP 2025 was led by Master Chief Navy Senior Warrant Officer Seck Wai Kong of the RSN and Warrant Officer 1 Mohammad Nasri bin Ladis, the RBN Sergeant Major. The RBN delegation also included Warrant Officer 1 Alihan bin Haji Putih, Warrant Officer 1 Mohammad Ariwan bin Mohammad, Warrant Officer 1 Haji Mohammad Irwan bin Haji Awang Rarip, and Warrant Officer 2 Shari bin Wahid.
Throughout the programme, the RBN delegation was hosted at various RSN facilities to gain insights into the latest developments in training and exercise initiatives. Highlights included a visit to the Information Fusion Centre (IFC), where the delegation learned about its pivotal role in facilitating information sharing through international liaison officers. During this visit, they also had the opportunity to reconnect with the RBN liaison officer currently posted at the IFC. Other key visits included the Damage Control Training Centre (DCTC), the Navy Museum and Fleet Headquarters at Changi Naval Base, the Ministry of Defence, and the Naval Diving Unit.
The RBN delegation also paid a courtesy call on Rear Admiral Sean Wat, Chief of the RSN. During the meeting, both sides reaffirmed the significance of such programmes in strengthening professional ties and enhancing cooperation across all leadership levels within the two navies.
Beyond professional exchanges and joint sea-based activities, SWEP continues to underscore the deep and long-standing friendship that has flourished between the Royal Brunei Navy and the Republic of Singapore Navy, fostering enduring bonds of camaraderie and mutual respect.