MUARA, ISNIN, 28 JULAI 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Jubli Intan Perkahwinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, yang berlangsung di Surau Al-Huda, Pangkalan TLDB.
Majlis ini diadakan serentak di semua masjid dan surau di seluruh Negara Brunei Darussalam sebagai tanda kesyukuran dan keberkatan sempena ulang tahun istimewa ini.
Hadir selaku Pegawai Terkanan semasa majlis tersebut ialah Yang Mulia Kepten Khairil Haji Abdul Rahman, TLDB, Timbalan Pemerintah TLDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TLDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota-anggota TLDB.
Majlis ini mencerminkan rasa kesyukuran yang mendalam serta menzahirkan rasa kasih sayang berterusan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha daripada warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) khususnya, dan rakyat Negara Brunei Darussalam secara amnya.
-------
RBN HELD A DOA KESYUKURAN CEREMONY IN COMMEMORATION OF THE DIAMOND JUBILEE WEDDING ANNIVERSARY OF HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM AND HER MAJESTY DULI RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA
MUARA, MONDAY, 28 JULY 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) held a doa kesyukuran ceremony in conjunction with the Diamond Jubilee Wedding Anniversary of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, at Surau Al-Huda, RBN Base.
The ceremony was held simultaneously at all mosques and suraus across Brunei Darussalam, symbolising the nation's collective gratitude and blessings for this historic and joyous occasion.
Present as the senior officer at the ceremony was Captain Khairil Haji Abdul Rahman, RBN, Deputy Commander of RBN. Also in attendance were members of the RBN Executive Board, senior officers, officers, and personnel of the RBN.
The ceremony reflected the profound thankfulness and continuous affection shown towards His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Saleha from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in particular, and the people of Brunei Darussalam in general.