MUARA, Isnin, 28 Julai 2025 – Suasana padang bola di Mini Stadium, Pusat Latihan Tentera Laut (PLTL) bergema dengan sorakan dan semangat juang yang tinggi apabila Kejohanan Akhir Bola Sepak dan Tarik Kalat Peringkat TLDB bagi Tahun 2025 melabuhkan tirainya hari ini. Kejohanan ini telah berlangsung dari 22 hingga 28 Julai 2025 dan disertai oleh empat pasukan iaitu Armada A, Armada B, Pangkalan A dan Pangkalan B.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyempurnakan majlis penutup serta penyampaian hadiah ialah Komander Sonny Iskandar bin Rasani, Ketua Staf TLDB. Turut hadir sama bagi memberikan sokongan adalah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta anggota-anggota TLDB.
Pertandingan bola sepak memperlihatkan perlawanan akhir yang penuh mendebarkan antara pasukan Armada A dan Pangkalan A. Setelah bertarung dengan penuh strategi dan daya tahan, Pangkalan A berjaya menewaskan Armada A dengan keputusan 1 – 0, sekaligus dinobatkan sebagai juara kejohanan.
Bagi acara tarik kalat kategori lightweight, Markas TLDB muncul juara, diikuti oleh Armada A di tempat kedua dan Armada B di tempat ketiga. Manakala bagi kategori heavyweight, pasukan Markas Perkhidmatan Bantu berjaya merangkul tempat pertama, diikuti oleh Armada A di tempat kedua dan PLTL di tempat ketiga.
Kejohanan ini bukan sahaja mencerminkan daya saing dan ketahanan fizikal warga TLDB, malah turut memperkukuhkan semangat berpasukan dan silaturahim dalam kalangan anggota. Semoga kejohanan seumpama ini akan terus menjadi pemangkin kepada budaya kesukanan yang sihat dan profesionalisme dalam perkhidmatan.
———
FINAL OF THE ROYAL BRUNEI NAVY FOOTBAL AND TUG OF WAR TOURNAMENT FOR THE YEAR 2025
MUARA, Monday, 28 July 2025 – The atmosphere at the football field of the Mini Stadium, Naval Training Centre (NTC), was filled with cheers and high spirits as the Royal Brunei Navy (RBN) concluded its 2025 Final Football and Tug of War Tournament. The tournament, held from 22 to 28 July 2025, saw the participation of four teams: Armada A, Armada B, Pangkalan A, and Pangkalan B.
Commander Sonny Iskandar bin Rasani, RBN, Chief of Staff of the Royal Brunei Navy, graced the event as the Guest of Honour and officiated the closing ceremony and prize presentation. Also present to show their support were senior officers, officers, and personnel of the Royal Brunei Navy.
The football finals featured a thrilling match between Armada A and Pangkalan A. After an intense display of strategy and resilience, Pangkalan A emerged victorious with a 1–0 win, earning the title of tournament champion.
In the tug of war event, the lightweight category saw RBN Headquarters take first place, followed by Armada A in second and Armada B in third. In the heavyweight category, Support Services Headquarters clinched the top spot, with Armada A securing second place and NTC finishing third.
The tournament not only showcased the athleticism and endurance of RBN personnel but also served to strengthen camaraderie and teamwork among participants. Events like these continue to promote a healthy sporting culture and reinforce professionalism within the service.