Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN DARIPADA SEKOLAH BAKTI DEWA TUTONG

MUARA, KHAMIS, 17 JULAI 2025 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menerima lawatan daripada Sekolah Bakti Dewa, Tutong yang melibatkan seramai 45 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring.


Setibanya rombongan di Pangkalan TLDB, Muara, sesi lawatan dimulakan dengan sesi bergambar ramai sebagai kenang-kenangan dan diteruskan dengan pertukaran cenderahati antara pihak TLDB dan Sekolah Bakti Dewa sebagai tanda penghargaan. Rombongan kemudiannya disambut dengan ucapan alu-aluan oleh pegawai TLDB bertempat di Mes PTB Kanan, TLDB.

Lawatan diteruskan dengan persembahan istimewa daripada Jabatan Pancaragam TLDB yang menyerikan suasana, diikuti dengan jamuan ringan yang disediakan kepada para rombongan.

Seterusnya, rombongan turut berpeluang mengunjungi pameran statik yang dikendalikan oleh Grup Tindak Permukaan Laut (GPTL) dan Jabatan Pertahanan Pangkalan. Pameran ini menampilkan aset-aset serta keupayaan operasi TLDB, yang bertujuan memberikan pendedahan awal kepada para pelajar mengenai peranan TLDB dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Lawatan seumpama ini diharap dapat menyemai minat dan membuka ruang kepada generasi muda untuk mengenali lebih dekat dunia ketenteraan laut serta mencetuskan aspirasi ke arah kerjaya yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

———

ROYAL BRUNEI NAVY RECEIVES VISIT FROM BAKTI DEWA SCHOOL, TUTONG

MUARA, THURSDAY, 17 JULY 2025 - The Royal Brunei Navy (RBN) was pleased to welcome a visit from Bakti Dewa School, Tutong, involving a total of 45 students and 5 accompanying teachers.

Upon arrival at the RBN Base in Muara, the visit began with a group photo session to commemorate the occasion, followed by an exchange of tokens of appreciation between RBN and Bakti Dewa School. The group was then welcomed with an opening speech delivered by an RBN officer at the RBN Senior Rates’ Mess.

The programme continued with a special performance by the RBN Band, adding a lively atmosphere to the event, followed by light refreshments served. Afterwards, the group also had the opportunity to explore a static exhibition organised by the Naval Surface Action Group (NAVSAG) and the Base Defence Department. The exhibition showcased various assets and operational capabilities of the RBN, aimed at providing early exposure to the roles and responsibilities of the navy in safeguarding the nation’s maritime sovereignty.

It is hoped that the visit will inspire interest among the younger generation in naval careers and broaden their understanding of the vital role the Royal Brunei Navy plays in national defence and service to the country.