Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-79 TAHUN

MUARA, SELASA, 14 JULAI 2025 - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79 tahun di Surau Al-Huda, Pangkalan TLDB. 

Hadir selaku Pegawai Terkanan semasa majlis tersebut ialah Yang Mulia Kepten Khairil Haji Abdul Rahman, TLDB, Timbalan Pemerintah TLDB. Turut hadir adalah Badan Eksekutif TLDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, dan anggota-anggota TLDB. 
 
Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Mulk dari ayat 1 hingga 11, diikuti dengan Sembahyang Fardhu Maghrib dan Sunnat Hajat berjemaah. Seterusnya, acara diteruskan dengan bacaan Surah Yassin, Doa Kesyukuran dan diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.​

Majlis ini mencerminkan rasa syukur yang mendalam dan penghargaan tidak terhingga warga TLDB atas kepimpinan bijaksana dan kasih sayang berterusan Baginda kepada warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seluruh penduduk Negara Brunei Darussalam. Ia menjadi kesempatan istimewa untuk menzahirkan rasa terima kasih yang tulus dan doa berpanjangan agar Baginda sentiasa dalam lindungan dan keberkatan Allah SWT.

———

DOA KESYUKURAN CEREMONY TO COMMEMORATE HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM'S 79TH BIRTHDAY

MUARA, TUESDAY, 14 JULY 2025 - The Royal Brunei Navy (RBN) held a Doa Kesyukuran ceremony in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam's 79th birthday at Surau Al-Huda, Muara Naval Base. 

Present at the function was Yang Mulia Captain Khairil Haji Abdul Rahman, RBN, Deputy Commander of RBN. Also attending was the RBN Executive Board as well as senior officers, officers and RBN personnel.
 
The function began with the recital of Surah Al-Mulk from verses 1 to 11, followed by a mass Maghrib and Sunat Hajat prayers. Then, the ceremony continued with recitation of Surah Yassin, Doa Kesyukuran and then concluded with mass Isya’ Prayer.

The ceremony reflected the deep sense of gratitude and profound appreciation of RBN personnel for His Majesty’s leadership and enduring care for the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the people of Brunei Darussalam. It served as a meaningful opportunity to express heartfelt thanks and continued prayers for His Majesty’s well-being, protection, and blessings from Allah the Almighty.