Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI TURUT SERTA DALAM ISTIADAT PERBARISAN KEHORMATAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM KE-79

Bandar Seri Begawan, Selasa, 15 Julai 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dengan bangga menyertai Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Ketibaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia disambut dengan Tabik Hormat Diraja, disusuli dengan nyanyian lagu kebangsaan “Allah Peliharakan Sultan” dipersembahkan oleh gabungan pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pasukan Polis Diraja Brunei. Acara juga dimeriahkan dengan tembakan kehormatan 21 das meriam sebagai tanda penghormatan sempena ulang tahun keputeraan Baginda.

Penyertaan TLDB dalam acara bermakna ini menjadi satu peluang istimewa untuk menzahirkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Raja yang dikasihi, serta menunjukkan komitmen padu dalam berbakti kepada negara. Kehadiran TLDB dalam perbarisan ini melambangkan semangat berterusan dalam menjaga kecemerlangan, disiplin dan khidmat — sama ada dalam tugas rasmi mahupun dalam mempertahankan perairan Brunei.

———

ROYAL BRUNEI NAVY PROUDLY TAKES PART IN GRAND PARADE TO CELEBRATE HIS MAJESTY’S 79TH BIRTHDAY

Bandar Seri Begawan, Tuesday, 15 July 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) proudly participated in the Grand Parade held in celebration of the 79th Birthday of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, at the iconic Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

His Majesty’s arrival was marked with a grand Royal Salute, the heartfelt rendition of the national anthem “Allah Peliharakan Sultan” by the Royal Brunei Armed Forces and Royal Brunei Police Force band, followed by a resounding 21-gun salute in honour of His Majesty’s birthday.

For the Royal Brunei Navy, this significant occasion was a proud opportunity to reaffirm its unwavering loyalty to the monarch and steadfast dedication to Brunei Darussalam. The RBN’s involvement reflects its continued commitment to excellence, discipline, and service in both ceremonial duties and national defence.